Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagai pimping di lereng bukit.

Takrif

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Seperti panji-panji ditiup angin). (Bandingkan dengan: Lampai bagai pimping di lereng, lemah bagai lenggundi muda).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lampai bagai pimping di lereng, lemah bagai lenggundi muda.

Takrif

Puji-pujian terhadap perempuan yang bagus potongan tubuhnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Baling-baling di atas bukit.

Takrif

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Hati bagai baling-baling, c. Sebagai pimping di lereng bukit, d. Seperti panji-panji ditiup angin). baling-baling = penunjuk angin.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hati bagai baling-baling.

Takrif

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Sebagai pimping di lereng bukit, d. Seperti panji-panji ditiup angin).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti panji-panji ditiup angin.

Takrif

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Sebagai pimping di lereng bukit).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai pancang digoncang arus.

Takrif

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Sebagai pimping di lereng bukit, e. Seperti panji-panji dituip angin).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
lereng (kata nama)
Bersinonim dengan sisi, tepi, rusuk;,
Kata Terbitan : melereng,