Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Perempuan serasan, lelaki pemalu.

Takrif

Pegangan hidup yang tidak serupa. serasan = seperasaan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Penghisap candu gelap.

Takrif

Lelaki yang berbuat jahat secara rahsia dengan perempuan, akhirnya akan ketahuan juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bulan mengambang dikandung awan.

Takrif

Lelaki yang merindukan seorang perempuan, dan perempuan itu telah diambil oleh orang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai biawak mengulangi bangkai.

Takrif

Lelaki yang suka pergi ke tempat perempuan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti anjing mengulangi bangkai).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jadi bapa kuda.

Takrif

Orang lelaki yang suka kahwin di sana sini dan bersenang-senang di rumah isterinya, tanpa membuat sesuatu pekerjaan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lalat memanglah mencari puru.

Takrif

Lelaki yang jahat memang mencari perempuan jahat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lecah di kaki.

Takrif

Seorang lelaki yang kahwin tanpa ada tanggungjawab, melainkan sebagai orang menumpang saja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sangkar emas, tenggeran suasa.

Takrif

Lelaki yang menanti isterinya dengan rumah yang bagus serta cukup alat perkakasnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti anjing mengulangi bangkai.

Takrif

Lelaki yang suka pergi ke tempat perempuan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai biawak mengulangi bangkai).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti anjing menggonggong bangkai.

Takrif

Lelaki jahat yang membawa perempuan jahat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lelaki

Puisi
 

Terang bulan terang di kali,
     Buaya timbul disangka mati;
Jangan percaya mulut lelaki,
     Lain di mulut lain di hati.



Lihat selanjutnya...