Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; ujian ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lekuk batu dititik air selalu.

Takrif

Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menggali tanah yang lekuk.

Takrif

Kerja yang bukan tempatnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah.

Takrif

Menyelesaikan sesuatu perkara (= menghukum, memperdamaikan) hendaklah dengan adil, sehingga kedua-dua belah pihak merasa puas hati. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menarik rambut di dalam tepung, b. Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak). (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk.

Takrif

Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali paya menimbun bukit).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kelam disigi, lekung ditinjau.

Takrif

Sesuatu perkara atau perkataan yang kurang terang hendaklah diselidiki dan diperiksa dengan saksama sebelum dibuat sesuatu keputusan. sigi = suluh, obor; lekung = lekuk.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menggali paya menimbun bukit.

Takrif

Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam.

Takrif

Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga.

Takrif

Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Lekuk batu dititik air selalu).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kain rabak tegal dek lenggang awak, baju rabik tegal dek lenggok awak, kopiah pesuk tegal dek lonjak awak.

Takrif

Orang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri. rabak = koyak panjang atau lebar; rabik = sobek di tepi, cabik-cabik; pesuk = lekuk.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan.

Takrif

Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Tali jangan putus, kaitan jangan serkah). (Bandingkan dengan: Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
lekuk (kata nama)
Bersinonim dengan cekung, cawak, cauk, caung, jeluk, lembang;,
Kata Terbitan : berlekuk,

Puisi
 

Dua tiga kusepak raga,
     Datang sepak kusepak juga;
Dua tiga keris di dada,
     Datang lekuk kulekuk juga.



Lihat selanjutnya...