Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
LARI LOMPAT PAGAR | | UMUM | |
LARI BERHALANGAN | Lari berhalangan ialah acara lumba lari dalam jarak yang tertentu yang memerlukan pesertaatlet melompat pagar dan melompat air dalam setiap pusingan. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
LARI BERGANTI-GANTI | Lari berganti-ganti, acara lumba lari yang melibatkan empat orang peserta dalam satu kumpulan membawa baton secara bergilir-gilir dari garisan mula hingga penamat. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
LARI BERPAGAR | Lari berpagar ialah acara yang melibatkan larian dan lompatan bagi melepasi 10 set pagar yang diatur di balapan dengan jarak yang sama di antara pagar. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
OLAHRAGA | Olahraga ialah sukan yang menemukan olahragawan untuk bertanding dalam acara lumba lari, berjalan, melompat, dan membaling. Acara balapan terdiri daripada lumba lari atau berjalan pelbagai jarak. Acara padang ialah pertandingan dalam acara melompat atau membaling. Pertandingan balapan dan padang boleh diadakan di dalam bangunan atau di luar bangunan. Lelaki dan perempuan bertanding berasingan dalam sesuatu acara olahraga. | UMUM | |
PERLUMBAAN LEBUH RAYA | Acara lari jarak jauh sejauh 26 batu, 385 ela diadakan sejak Sukan Olimpik zaman Greek Purba. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
PERLUMBAAN | Perlumbaan ialah pertandingan kelajuan. Orang bertanding dalam acara lumba lari, renang dan berjalan kaki. Sukan seperti lumba kuda dan lumba kereta melibatkan manusia yang menunggang haiwan atau mengendalikan mesin. Haiwan terlatih juga bertanding antara satu sama lain dalam lumba anjing dan merpati. Sesetengah perlumbaan merupakan antara sukan yang paling popular di dunia, menarik berjuta-juta penonton setiap tahun. Di samping penonton yang menghadiri perlumbaan utama, ramai lagi yang mengikutinya di kaca televisyen. | UMUM | |
SUAKA | Suaka, dalam undang-undang antarabangsa, ialah naungan dan perlindungan yang diberikan oleh sesebuah negara kepada orang yang lari dari sebuah negara lain. Pemberian suaka mengikut undang-undang kebangsaan serta undang-undang dan perjanjian antarabangsa. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, para pelarian boleh meminta suaka jika mereka takut penganiayaan yang berdasarkan kaum, agama, kewarganegaraan, atau fahaman sosial atau politik. Tetapi, tiada siapa pun mempunyai hak untuk mendapatkan suaka. Penindasan politik merupakan sebab utama sesebuah negara memberikan suaka. | UMUM | |
SNELL, PETER | Snell, Peter (1938 ), salah seorang pelari jarak sederhana yang terhebat. Pada tahun 1962, dia mencipta tiga rekod dunia, iaitu untuk acara lumba lari sebatu (3 minit 54.4 saat), acara 880 ela (1 minit 45.1 saat), dan acara 800 meter (1 minit 44.3 saat). Penyertaannya dalam Sukan Olimpik sebanyak dua kali menghasilkan tiga pingat emas untuknya. Dia menjuarai acara 800 meter kejohanan tahun 1960 di Rom. Kemudian, pada sukan tahun 1964 di Tokyo, dia memenangi acara 800 meter dan 1500 meter. Snell lahir di Opunake, di Pulau Utara, New Zealand. Dia bersara daripada bidang olahraga pada tahun 1965. | UMUM | |
AEROBIK | Aerobik ialah sistem riadah yang direka untuk meningkatkan bekalan dan penggunaan oksigen di dalam tubuh badan. Senaman ini termasuk berbasikal, menari, berlari-lari anak, mendayung, meluncur, berenang, dan berjalan pantas. Ramai orang mengambil bahagian dalam program aerobik untuk menambahkan ketahanan dan tenaga, serta mendapatkan dan mengekalkan berat badan yang sesuai. Senaman aerobik yang dilakukan secara tetap dapat mengurangkan risiko sakit jantung. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Lari puyuh jalan kontang, Tetak dengan batang kemudi; Darilah jauh abang pun datang, Meraikan tuan yang baik budi.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 275 Don't jump from the flying pan into the fire Setelah terlepas daripada bahaya, janganlah terjebak pula ke dalam bahaya yang lebih besar. Takut akan lumpur, lari ke duri She ran way with her two kids from her husband who was an incorrigible drunk to be witah a man whom she trusted. But it seemed that she had jump from the flying pan into the fire when she ended up being beaten while her children were kidnapped. Dia lari meninggalkan suaminya yang kaki botol itu dengan dua anak kecilnya untuk bersama seorang lelaki yang dipercayainya. Dia akhirnya dibelasah, dan anaknya pula diculik. Inilah yang dikatakan, takut akan lumpur, lari ke duri. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|