SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBerjudi kalah lari ke mana, Lari ke hutan ke celah rimba; Abang nak bujang sampai ke mana, Kalau tak boleh macam adinda. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLari puyuh jalan kontang, Tetak dengan batang kemudi; Darilah jauh abang pun datang, Meraikan tuan yang baik budi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLari ke hutan ke celah rimba, Berjumpa gajah dua serupa; Kalau tak boleh macam adinda, Apa lebihnya kepada saya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAyam ditambat juragan Mamat, Terbang lari waktu fajar; Biarlah lambat asal selamat, Tidak lari gunung dikejar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLembu lari berganti-ganti, Matahari terbit di Tanah Jawa; Kalau abang bersungguh hati, Mati hidup kita berdua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak rusa lari ke barat, Sampai di barat makan ubi; Sementara gila belum melarat, Carilah bomoh untuk mengubati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBudak-budak terlari-lari, Sampai di kedai membeli beras; Ingat-ingat orang negeri, Rimau berantai nanti lepas harimau/kiasan |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSambil lompat berlari-lari, Lompat mari ke dalam kolam; Tuan cabut cincin di jari, Tidakkah turun di hati muram. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTeranduk melanggar Jawa, Jawa lari sebelah bukit; Jangan merajuk masku nyawa, Tidaklah boleh salah sedikit. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari mana mula dikejar, Rusa lari tepi perigi; Guru mana tuan belajar, Cuba hadap sekali lagi. |
|
Puisi |
---|
|
Lari puyuh jalan kontang, Tetak dengan batang kemudi; Darilah jauh abang pun datang, Meraikan tuan yang baik budi.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 275 Don't jump from the flying pan into the fire Setelah terlepas daripada bahaya, janganlah terjebak pula ke dalam bahaya yang lebih besar. Takut akan lumpur, lari ke duri She ran way with her two kids from her husband who was an incorrigible drunk to be witah a man whom she trusted. But it seemed that she had jump from the flying pan into the fire when she ended up being beaten while her children were kidnapped. Dia lari meninggalkan suaminya yang kaki botol itu dengan dua anak kecilnya untuk bersama seorang lelaki yang dipercayainya. Dia akhirnya dibelasah, dan anaknya pula diculik. Inilah yang dikatakan, takut akan lumpur, lari ke duri. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|