Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SESENDAL

Sesendal ialah silinder berongga yang

digunakan sebagai lapik boleh tanggal dalam

bahagian-bahagian bergerak pada mesin dan alat

elektrik. Dalam jentera, sesendal mungkin

digunakan sebagai bering bagi gandar atau pangsi

untuk mengurangkan geseran dan haus. Ia juga

mungkin digunakan untuk menyambungkan paip

dengan aksesori paip yang lebih besar saiznya.

Sesendal bagi jentera biasanya dibuat daripada

plastik, gangsa, atau logam Babbit atau logam

antigeseran yang lain. Dalam bahagian-bahagian alat

elektrik, sesendal mungkin digunakan untuk

menebat sambungan litar.

UMUM
ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU

ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau yang tinggal di Sumatera Barat, Indonesia. Adat perkahwinan Minangkabau mengikut pola sistem nasab ibu. Fungsi terpenting perkahwinan adalah untuk mengakrabkan hubungan  antara kaum, atau menaikkan status dan prestij kaum atau keluarga. Perkahwinan yang paling baik adalah antara anak dengan kemenakan atau anak dengan bako (keluarga sebelah bapa), antara mereka yang telah punya hubungan kerabat dan antara mereka yang sekampung. Baik Islam mahupun adat, melarang perkahwinan sesuku, demi mencegah keterkongkongan suku. Orang yang melanggar adat di pulau atau diusir keluar dari nagari (kampung). Satu lagi perkahwinan yang tidak direstui dan melanggar adat ialah perkahwinan dengan janda seorang kerabat, kaum atau tetangga. Orang Minangkabau juga mengamalkan perkahwinan yang unik ialah ganti lapik dan cina buta. Ganti lapik perkahwinan antara seorang duda atau janda dengan saudara pasangannya yang telah meninggal dunia. Perkahwinan ini bertujuan menyambung semula ikatan yang diputuskan oleh takdir. Cina buta disebut juga cendera buta.

 

BUDAYAKonsep
SERGE

Serge ialah sejenis kain yang biasanya diperbuat

daripada bulu bebiri, rayon, kapas, atau sutera. Ia

mempunyai tenun twil, yang kelihatan sebagai rib

serong atau rib miring pada permukaan kain.

Serge worsted digunakan untuk membuat

pakaian, sut, kot, dan kep. Serge sutera banyak

digunakan untuk lapik.

UMUM
ZINK

Zink, unsur kimia dengan simbol Zn, ialah logam

berkilat berwarna putih kebiruan. Logam ini

penting dalam industri. Zink boleh dijadikan

pelbagai bentuk dengan kaedah kerja logam

biasa. Logam seperti besi dan keluli boleh

digalvani iaitu, disalut dengan zink untuk

mencegahnya daripada berkarat. Logam

bergalvani digunakan untuk membuat talang

bumbung, lapik tangki.

UMUM
PELANA

PELANA, lapik atau alas tempat duduk di atas belakang binatang tunggangan seperti kuda, keldai, sapi, kerbau dan unta.  Pelana digunakan untuk keselesaan penunggang.

BUDAYAAlat/Alatan
1
Tesaurus
 
lapik
Rujuk :alas

Puisi
 

Kain buruk kain cukin,
     Taruh di meja lapik gelas;
Sudah berpucuk warkah dikirim,
     Sudah dibaca mengapa tak dibalas?



Lihat selanjutnya...