Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berhampar lapik, berlicin daun.

Takrif

Bermuafakat mencari penyelesaian yang baik dengan setulus-tulus hati, tidak ada menyembunyikan perasaan-perasaan yang buruk.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menggantikan lapik.

Takrif

Memperisteri bekas isteri saudaranya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertandang membawa lapik.

Takrif

Bertamu tetapi membawa bekalan sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah bergulung lapik (= tikar) saja.

Takrif

Sangat miskin, tiada pakaian untuk dipakai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Keluh (kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran.

Takrif

Kemewahan ataupun kekayaan tidak selamanya membawa kebahagiaan; sebaliknya, hidup miskin ada kalanya memberi kesenangan. Berkeruh = mendengkur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Karam di darat ada juga tinggal tungku lekar, karam di laut habis sekali.

Takrif

Kalau susah dalam negeri sendiri, dapat juga diminta bantuan pada sanak saudara, tetapi kalau susah di rantau orang hilanglah akal bicara. lekar = penyangga (lapik) kuali diperbuat daripada rotan atau lidi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
lapik
Rujuk :alas

Puisi
 

Kain buruk kain cukin,
     Taruh di meja lapik gelas;
Sudah berpucuk warkah dikirim,
     Sudah dibaca mengapa tak dibalas?



Lihat selanjutnya...