Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalammualaikum. Saya ingin bertanyakan terjemahan bahasa Melayu untuk perkataan-perkataan berikut. Semuanya berkaitan bahagian kasut. 1. Insole 2. Midsole 3. Outsole 4. Vamp Terima kasih | Salam sejahtera, Insole- lapik dalam Tiada padanan bagi midsole dan outsole. Tuan boleh sesuaikan melalui padanan lapik dalam. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 05.07.2019 |
menggunakan_________surat khabar sebagai lapik duduk. A sekerat C sekeping B sehelai D selembar MUNSYI, JAWABAN IALAH SELEMBAR,ADAKAH JAWABAN INI BERTEPATAN? tk PETUNJUK MUNSYI SELAMA INI | Jawapan yang betul ialah sehelai. | Tatabahasa | 11.04.2012 |
Salam, tolong berikan padanan Bahasa Inggeris bagi istilah 'action back' untuk jenis lapik belakang karpet. Saya turut sertakan gambar berkenaan. Terima Kasih | Merujuk kamus dalam bidang kesenian, maksud action back ialah lelipat aksi belakang | Makna | 16.10.2017 |
Salam sejahtera saudara, Adakah terdapat peribahasa lain yang sama maknanya dengan "Berhampar lapik, berlicin daun"? Saya mengalami masalah untuk menterjemahkan peribahasa ini ke dalam Bahasa Inggeris. Terima kasih. | Tidak ada maklumat tentang penterjemahan peribahasa ini ke dalam bahasa Inggeris dalam pangkalan data kami. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.05.2017 |
Apakah maksud: 1. Atur masa 2. Atur acara 3. Atur program 4. Alas pintu 5. Kereta dorong 6. Kereta angkat 7. Reka atur Terima kasih atas penjelasan tuan. | Hanya perkataan atur cara yang mempunyai makna yang khusus (kata majmuk), iaitu jadual pelbagai acara yang telah ditetapkan untuk dilaksanakan. Perkataan yang lain ialah kata nama am yang dirangkaikan dengan perkataan yang kedua tetapi maknanya merangkumi makna perkataan yang pertama dan kedua seperti alas pintu, iaitu sesuatu yang dijadikan lapik dan digunakan di hadapan pintu. Untuk melihat makna perkataan yang lain, sila rujuk kamus atau layari www.prpm.dbp.gov.my. | Makna | 10.01.2014 |