Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
MONOREL

Monorel ialah landasan kereta api yang hanya

mempunyai satu landasan. Gerabak monorel

bergerak di sepanjang landasan sama ada di atas

atau di bawah. Gerabak yang di atas landasan

mempunyai alat giroskop untuk mengimbangi atau

memandu roda yang mencengkam sisi landasan

untuk menahan gerabak daripada terbalik. (Lihat

Giroskop).

UMUM
LANDASAN KERETA API ATASUMUM
TEROWONG LÖTSCHBERG

Terowong Lötschberg ialah terowong

landasan kereta api yang menembusi Bernese Alps

di selatan tengah Switzerland berdekatan dengan

Jungfrau (lihat Switzerland [peta]). Terowong ini

yang dibuka pada tahun 1913, berukuran 14.6

kilometer panjang. Ia sebahagian daripada

landasan kereta api Swiss Lötschberg, yang

sepanjang 74 kilometer dan menghubungkan Spiez

dan Brigue. Sebelum landasan ini sampai di

Kandersteg, iaitu jalan masuk ke terowong ini di

sebelah utara, ia menyeberangi banyak jambatan

dan jejambat dan melalui 38 terowong. Di

Göppenstein, iaitu hujung terowong ini di sebelah

selatan, landasan tersebut menurun ke Rhône

Valley, dan dari situ ia bersambung dengan

Terowong Simplon yang menghala ke utara Itali.

UMUM
TEROWONG ARLBERG

Terowong Arlberg ialah dua buah terowong,

iaitu terowong landasan kereta api dan terowong

kenderaan bermotor yang terdapat di bahagian

barat Austria, di antara provinsi Vorarlberg dan

Tyrol. Kedua-dua terowong itu dibina dengan

mengorek Gunung Arlberg di hujung timur laut

Banjaran Rhaetian (lihat Austria [peta politik]).

Terowong landasan kereta api sepanjang 10.3

kilometer yang menyambungkan Paris ke Vienna

merupakan rangkaian yang penting. Terowong ini

dibuka pada tahun 1884 dan menggunakan kuasa

elektrik pada tahun 1923. Terowong jalan raya pula

sepanjang 14 kilometer dan dibuka pada tahun

1978.

UMUM
TEROWONG APENNINE


Terowong Apennine ialah terowong kereta api

di landasan Florence-Bologna di Itali. Untuk

lokasinya, lihat Itali (peta fizikal). Ia sepanjang 18.5

kilometer dan menjadikannya terowong kereta api

terpanjang di dunia. Terowong ini dibina antara

tahun 1920 hingga tahun 1934. Para pekerja

terpaksa menghadapi pelbagai rintangan semasa

melakukan kerja-kerja mengorek, termasuklah gas

asli dan air. Bagi mempercepatkan kerja

pembinaan dan pada masa yang sama, sebuah syaf

diletakkan di tengah untuk membolehkan pekerja

mengorek lubang dari bahagian tengah.

UMUM
STANDARD OIL COMPANY

Standard Oil Company. Pada tahun 1859,

Edwin L. Drake, pesara pengendali landasan kereta

api, pertama kali berjaya menggali telaga minyak

secara komersial di Amerika Syarikat, berhampiran

Titusville, Pennsylvania. Empat tahun kemudian,

John D. Rockefeller menceburi diri dalam industri

minyak. Rockefeller menyertai siri perkongsian

hingga ke tahun1870, apabila pegangan dan sekutu

rapatnya diserapkan ke dalam syarikat Standard Oil

Company dari Ohio.

UMUM
OHIA

Ohia ialah pokok epal gunung yang tumbuh di

Hawaii. Kayunya digunakan untuk membuat

perabot dan landasan kereta api. Ohia tergolong

dalam famili Myrtaceae.

UMUM
KEMAHIRAN BINAAN

Kemahiran binaan ialah mana-mana satu

daripada cabang industri yang berkaitan dengan

pembinaan bangunan awam, rumah, jambatan,

terusan, pelabuhan, landasan kereta api, takungan,

jalan dan lebuh raya, betung, dan terowong.

Kesemua kemahiran binaan ini dikenali sebagai

industri pembinaan.

UMUM
ANGELES

Angeles (pend. 236 685) ialah bandar di Filipina.

Ia terletak di bahagian utara provinsi Pampanga, di

tengah Luzon. Ia terletak di lebuh raya utama dan

landasan kereta api dari Manila ke bahagian utara

negara itu.

UMUM
SIEMENS

Siemens ialah nama keluarga bagi dua orang

saudara lelaki pencipta dan usahawan dari Jerman.

Werner von Siemens (18161892) membina talian

telegraf di Jerman, Rusia dan negara-negara Eropah

lain. Dia bersama-sama saudara lelakinya, membina

landasan kereta api elektrik dan lampu elektrik, dan

membantu memasang kabel telegraf laut dalam

yang awal. Semasa berkhidmat di bahagian

kejuruteraan tentera Prussia, Siemens mencipta dan

menambahbaikkan proses penyaduran elektrik.

Kemudian, dia mereka cipta dinamo yang digunakan

oleh saudara lelakinya untuk mengendalikan

landasan kereta api. Ernst Werner von Siemens lahir

di Lenthe berhampiran Hanover, Jerman.

UMUM
Tesaurus
 
landas (kata nama)
1. Bersinonim dengan alas: pengalas, lapik, pelapik, papan hiris, bangku,

2. Bersinonim dengan asas: dasar, prinsip,

Kata Terbitan : berlandaskan, melandasi, melandaskan, landasan,