Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Buku ; Khidmat Nasihat ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak ada kubangan yang tak ada kodok.

Takrif

Tidak ada negeri yang tidak ada perempuan jahat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Air lalu kubangan tohor.

Takrif

Penghasilan tidak cukup; habis bulan habis gaji. tohor = dangkal, kering.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Besar berudu di kubangan, besar buaya di lautan.

Takrif

Tiap-tiap orang mulia dan besar pada tempatnya masing-masing.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gerundang, tinggallah di kubangan!

Takrif

Jangan mencampuri pekerjaan orang lain!

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gedang gerundang di kubangan, gedang ikan raya di lautan.

Takrif

Tiap-tiap orang besar (mulia) di tempatnya masing-masing. gerundang = berudu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kerap sang berudu hendak berenang di laut lebar, awak masih juga di kubangan.

Takrif

Menghendaki sesuatu yang mustahil diperoleh atau terjadi. berudu = anak katak yang masih sebagai ikan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kubangan.