Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
BAHASA KIASANBAHASAKonsep
KIASAN

Kiasan ialah penggunaan kata dalam pola

pemikiran dan ungkapan yang lazim. Misalnya,

kita mungkin terbaca The spy was cornered like a

rat . The crowd surged forward. The redcoats

withdrew. Justice hung her head . Here was

mercy indeed! The entire nation screamed

vengeance.

UMUM
PERSONIFIKASIungkapan kiasan yang menggambarkan kualiti manusia pada entiti bukan manusia.BAHASAKonsep
METAFORA

Metafora, iaitu kiasan, ialah ungkapan yang

diambil daripada satu bidang pengalaman dan

digunakan untuk mengatakan sesuatu dalam

bidang lain. Misalnya, apabila kita berkata, Hes a

sly fox, kita menggunakan metafora, iaitu kita

menggunakan nama haiwan untuk menerangkan

manusia. Metafora menyatakan perbandingan

tanpa menggunakan kata like atau as. Penyataan

He is like a sly fox or He is sly as a fox ialah

perumpamaan (lihat Perumpamaan).

UMUM
PERUMPAMAAN

Perumpamaan ialah kiasan yang digunakan

untuk memerikan atau menerangkan sesuatu. Ia

menonjolkan kesamaan antara dua objek atau idea

yang berbeza dengan menggunakan kata

penghubung. Kata penghubung ini dalam bahasa

Inggeris, biasanya like atau as . Contohnya He is as

hungry as a horse , atau She ran like a deer.

UMUM
METONIMI

Metonimi. Kita sering menggunakan perkataan

secara kiasan berbanding dengan secara harfiah.

Sesetengah bentuk ungkapan ini dinamakan

metonimi. Apabila kita turn on the light, kita

sebenarnya menekan suis, menutup litar elektrik dan

menyebabkan lampu menyala. Kita memberi nama

kesan kepada sebab.

UMUM
MUKTAZILAH

Muktazilah ialah nama sebuah kumpulan Islam

yang banyak menggunakan hujah akal dalam usul-usul

agama, dalil-dalil dan kiasan hukum yang lain.

Aliran pemikiran ini wujud sejak zaman

pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah.

UMUM
IBARATIBARAT, bahasa kiasan. Dalam bahasa Arab disebut ibrah yang bererti teladan atau pengajaran yang membawa kita kepada beringat-ingat khususnya terhadap sesuatu kejadian yang kurang baik, iaitu tidak diterima.SASTERAKonsep
SYAIR ALEGORISYAIR ALEGORI, syair yang disampaikan dalam bentuk perlambangan atau kiasan. Watak binatang, tumbuhan serta cakerawala menggantikan watak manusia dengan tujuan melindungi watak dan peristiwa yang sebenarnya. Penulis menyampaikannya dalam bentuk perlambangan kerana umumnya peristiwa itu berlaku di kalangan golongan bangsawan. Unsur simbolik biasanya digambarkan melalui penglihatan kesedaran manusia. Syair ini hanya dapat diutarakan sebagai simbolik dengan mengetahui maksud yang tersembunyi pada beberapa unsur di dalamnya.SASTERAKonsep
TAMSIL

TAMSIL, bahasa kiasan yang memberikan perbandingan dengan jelas, dipersembahkan dalam ungkapan yang panjang dan mengandungi pengajaran.  Tamsil mempunyai persamaan dengan bidalan, pepatah dan perumpamaan.  Tamsil boleh diambil daripada peribahasa yang sudah terkenal, atau daripada ciptaan sendiri.  Dalam beberapa contoh, tamsil lebih mendekati `kiasan asal, tetapi telah diluaskan dengan kata-kata yang bernas, bersifat simbolik serta mengandungi fikiran yang bijaksana.

SASTERAKonsep
Tesaurus
 
kias
Kata Terbitan : berkias, berkias-kiasan, mengias, mengiaskan, kiasan,