Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Badak makan anak.

Takrif

Kiasan kepada orang yang membuang anaknya sendiri kerana takut malu dan sebagainya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ketika gagak putih, bangau hitam.

Takrif

Kiasan pada zaman yang sudah silam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Di waktu garuda alah oleh ular.

Takrif

Kiasan kepada waktu yang telah lalu; zaman dulu kala.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lebih pucuk, lebih pelepah?

Takrif

Mana baik kawan lama dengan kawan baru? (Satu kiasan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Binatang tahan palu, manusia tahan kias.

Takrif

Mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
kias
Kata Terbitan : berkias, berkias-kiasan, mengias, mengiaskan, kiasan,