Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Buluh ditetak senjakala, Buat main pasak perahu; Pasang pelita senjakala, Satu makhluk tidak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Bismilah mula dikarang, Syairlah pantun sajanya kurang; Laksana kainlah jarang, Tidak boleh dibagi orang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tokai jagung biar jarang, Biar senang puyuh berlari; Tanya bulan kepada bintang, Mana terbit matahari?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kuda hitam sila hitam, Pakai anak Inderagiri; Tuan umpama intan manikam, Cahaya melimpah dalam negeri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kelapa menjadi santan, Asal santan menjadi minyak; Jika ada buah termakan, Burung liar menjadi jinak.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Johor Bahru ibu negeri, Sultan Mahmud raja mulia; Berapapun cerah matahari, Bulan juga membawa cahaya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Gunung Tahan Gunung Semabuk, Nampak dari Inderagiri; Sudah termakan buah mabuk, Terperanjat pula ibu sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tuan puteri rambutnya perang, Mati ditikam Melayu jati; Dulu terbilang batik Semarang, Sekarang dibuat basahan mandi.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tinggi-tinggi Bukit Seligi, Tempat orang memacu kuda; Satu hari sedarkan diri, Takut gunung menjadi paya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tinggi Bukit Siperjulangan, Diharap mari Rajalah Rohani; Amun berbuah alang-alangan, Baik tak usah sama sekali.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tesaurus
 
kias
Kata Terbitan : berkias, berkias-kiasan, mengias, mengiaskan, kiasan,