Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ketika gagak putih, bangau hitam.

Takrif

Kiasan pada zaman yang sudah silam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ketika ada jangan dimakan, telah habis (= tiada) maka dimakan.

Takrif

Berhemat cermat dalam penghidupan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menjemur sementara hari panas.

Takrif

Hendaklah berusaha sekuat-kuatnya pada ketika badan masih kuat atau ketika kesempatan masih ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Pepatah asing: Besi ditempa selagi panas).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bak anjing tersepit.

Takrif

Ketika menderita merendah diri meminta tolong, terlepas daripada kesusahan, meninggikan diri kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing terpanggang ekor, b. Bagai anjing tersepit di pagar).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai menjaga permata intan ketika dicanai.

Takrif

Kasih sayang yang tidak ada taranya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam.

Takrif

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Melangkah kaki kanan.

Takrif

Sampai ke rumah orang ketika tuan rumahnya sedang makan atau baru hendak makan, sehingga kita diajaknya makan bersama-sama.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mata tidur, bantal berjaga.

Takrif

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang, b. Mata kejam, bantal membuat ragam).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam.

Takrif

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mata kejam, bantal membuat ragam.

Takrif

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang). ragam = tingkah laku.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketika.

Puisi
 

Asam pauh asam pulasan,
     Ketika bambangan balu;
Meskipun jauh berkirim pesan,
     Pesan jangan dibuang lalu.



Lihat selanjutnya...