Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Mana satukah yang betul ........ketika saya mengajar atau ....... ketika saya sedang mengajar?Yang betul ialah "ketika saya mengajar".Tatabahasa03.05.2014
apakah perbezaan penggunaan apabila dan ketikaBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, apabila bermaksud semasa, sewaktu, ketika, bilamana, apakala. Ketika pula bermaksud waktu (yg sangat singkat atau yg tertentu), saat, masa.Istilah20.07.2009
Ketika melintasi kompleks Bank Negara di Kuala Lumpur, saya ternampak satu kawasan atau kompleks di situ (tidak pasti dimaksudkan pada dataran atau bangunan) tertulis perkataan `Lanai Kijang Saya cuba mencari dalam Kamus Dewan tetapi penjelasan tentang makna perkataan tersebut tidak ditemui. Saya ingin mendapatkan penjelasan pihak tuan mengenai makna perkataan `lanai itu. Elok dimasukkan sebagai entri dalam Kamus Dewan edisi akan datang. Terima kasih.Maksud perkataan lanai ialah dataran.Lain-lain15.03.2018
Ketika melintasi kompleks Bank Negara di Kuala Lumpur, saya ternampak satu kawasan atau kompleks di situ (tidak pasti dimaksudkan pada dataran atau bangunan) tertulis perkataan `Lanai Kijang Saya cuba mencari dalam Kamus Dewan tetapi penjelasan tentang makna perkataan tersebut tidak ditemui. Begitu juga di Kuala Lumpur ada 'Lanai Seni'. Saya ingin mendapatkan penjelasan pihak tuan mengenai makna perkataan `lanai itu. Elok dimasukkan sebagai entri dalam Kamus Dewan edisi akan datang. Terima kasih.Maksud perkataan lanai ialah dataran.Lain-lain15.03.2018
Ketika kami melalui di kawasan yang gelap lagi sunyi itu, bulu roma kami mulai meremang lalu menyebabkan kami mempercepat langkahan kaki. Jika saya menukarkan "melalui di" kepada "melalui", betulkah jawaban saya? Jika salah, boleh tuan berikan penjelasan yang selanjutnya? Terima kasih.Ya, penggunaan "melalui" sahaja boleh digunakan.Makna14.03.2018
Ketika ini kata "elevated" untuk istilah seperti "elevated highway" dan "elevated rail" diterjemahkan dengan berbagai terjemahan dalam bahasa Melayu sebagai "lebuhraya bertingkat" dan rel ternaik. Jadi soalan saya, yang mana satu betul untuk terjemahan kata elevated, apakah 'bertingkat' atau 'ternaik'? Untuk rujukan, Indonesia menerjemahkan kata elevated ke dalam bahasa Melayu di sana sebagai 'layang'Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus dalam pangkalan data kami untuk elevated highway dan elevated rail. Walau bagaimanapun, istilah yang dicadangkan ialah lebuh raya bertingkat dan rel bertingkat.Istilah16.10.2012
Ketika dia tersiuk-siuk melangkah dengan tiga kakinya....(cerpen Pahlawan Buntung Antologi Tingkatan 5 muka surat 123) apakah maksud tersiuk-siuk?

Saudara,

Perkataan tersiuk-siuk dalam ayat yang di atas bermaksud bunyi yang terhasil daripada proses pergerakan yang cepat contohnya  berjalan, bunyi seperti rotan di sebat di udara, atau bunyi  suara orang sedang dalam keadaan kepedasan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat halaman 1509.

sekian, terima kasih.

Sastera09.02.2011
ialah ketika atau adalah ketika? Terima kasih

 Dalam bahasa Melayu, penggunaan kata pemeri ialah dan adalah amat minimum, contohnya Ali ialah seorang guru, boleh menjadi Ali seorang guru. Sila semak semula ayat puan dan berkemungkinan kata ialah dan adalah tidak perlu hadir dalam konteks yang tersebut.

Tatabahasa09.02.2015
di zaman atau pada zaman di ketika atau pada ketika

Salam sejahtera,

Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Kata sendi nama 'pada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa siri tertentu.

Jawapan yang betul ialah pada zaman dan pada ketika.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265.

Tatabahasa06.11.2012
mana yang betul? ialah ketika atau adalah ketikaDalam bahasa Melayu, penggunaan kata pemeri ialah dan adalah amat minimum, contohnya Ali ialah seorang guru, boleh menjadi Ali seorang guru. Sila semak semula ayat tuan dan berkemungkinan kata ialah dan adalah tidak perlu hadir dalam konteks yang tersebut.Tatabahasa18.12.2014
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketika.

Puisi
 

Asam pauh asam pulasan,
     Ketika bambangan balu;
Meskipun jauh berkirim pesan,
     Pesan jangan dibuang lalu.



Lihat selanjutnya...