Thurstone, Louis Leon (18771955), ahli psikologi Amerika, memainkan peranan utama dalam perkembangan ujian psikologi. Satu daripada kejayaannya yang penting ialah penciptaan kaedah statistik yang membolehkan pakar psikologi mengkaji sifat psikologi seseorang seperti kebolehan dan keperibadian. Dengan menggunakan kaedah ini terhadap hasil ujian kecerdasan, Thurstone menetapkan bahawa kecerdasan terdiri daripada beberapa kebolehan yang berlainan, antaranya bakat berfikir dan mengira. Thurstone lahir di Chicago. Dia memperoleh ijazah Ph.D. dalam bidang psikologi dari University of Chicago pada tahun 1917. |