Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
definisi bagi perkataan 'ketrampilan dan 'keperibadian' | keterampilan kecekapan, kemampuan yang tinggi. keperibadian perihal peribadi, sifat (watak, ciri-ciri, dsb) yg khusus terdapat pd seseorang, bangsa | Lain-lain | 31.12.2007 |
Kini didatangkan dalam tiga warna ceria yang mempersona bagi menyerlahkan keperibadian anda. atau kini... mempesona | Kata terbitan yang betul ialah mempesona, Kini didatangkan dalam tiga warna ceria yang mempesona bagi menyerlahkan keperibadian anda. | Tatabahasa | 29.05.2012 |
Allah menurunkan model kepimpinan/kepemimpinan sama ada dari segi keperibadian mahupun kepimpinan/kepemimpinan universal. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dsb) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan dan sebagainya) seseorang pemimpin. Dalam konteks ayat yang diberikan, kami berpendapat perkataan yang lebih sesuai dan tepat ialah kepemimpinan. | Makna | 10.04.2012 |
Salam sejahtera, saya ingin tanya maksud jati diri. Adakah peribadi boleh disamakan maksud dengan jati diri? Berdasarkan kamus dewan, saya hanya nampak jati diri membawa maksud keperibadian dan identiti. Terima kasih. | "Jati diri" bermaksud: sifat atau ciri yg unik dan istimewa (dari segi adat, bahasa, budaya, agama dan sebagainya ) yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dan sebagainya. Manakala "Peribadi" lebih khusus kepada individu sebagai dirinya sendiri/ orang perseorangan. 2 Sifat atau sikap seseorang yg sudah sebati dgn dirinya; seluruh sifat dan sikap seseorang yg membezakannya drpd orang lain. | Makna | 06.08.2019 |
apakah maksud sahsiah,ciri-cirinyadan kepentingannya kepada sesuatu bangsa? | Sahsiah mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4 bermaksud "keperibadian atau peribadi. Saudara boleh merujuk Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau IPT untuk mengetahui tentang ciri-ciri dan kepentingannya. | Makna | 18.07.2007 |
Maksud 'Sahsiah' | - Salam. Menurut Kamus dewan Edisi ke 4, sahsiah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud keperibadian, peribadi: Contoh penggunaan: yg utama ialah menuntut ilmu dan melengkapkan proses pembinaan peribadi atau ~ sbg insan yg terpuji. Sekian.
| Lain-lain | 21.12.2008 |
apa maksud jati diri? sy tak jumpa dlm kamus dewan..apakah yang dimaksudkan dengan jati diri seorang guru | Jati diri bermakna identiti diri, keperibadian diri yang masih utuh dengan nilai-nilai adat, budaya, agama, bangsa dan negara. | Makna | 16.02.2007 |
Katanya, "Adalah wajar bagi kita sebuah negara "membangun" berhasrat mempunyai bahasa kita sendiri. Sekiranya bahasa kebangsaan tidak diperkenalkan, negara kita tidak akan mempunyai peribadi dan keperibadian dan apa yang boleh saya ungkapan sebagai negara yang tidak berjiwa dan tidak "bernyawa". membangun dan bernyawa merupakan Kata kerja tak transitif tak berpelengkap? adakah membangun merupakan kata kerja/ kata adjektif? | Bernyawa ialah kata kerja tak transitif berpelengkap, manakala membangun ialah kata adjektif yang sama maksudnya dengan maju dan berkembang. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
Definisi Jati Diri | Maknanya ialah sifat atau ciri yg unik dan istimewa (dr segi adat, bahasa, budaya, agama dsb) yg menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dsb, identiti. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 05.11.2009 |
Adakah perkataan"citra" diterima dan digalakkan untuk ditulis dalam karangan spm untuk menggantikan perkataan "imej". | Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 440 dan 818) citra kata nama 1 gambaran keperibadian seseorang atau sesuatu pihak secara umum menurut tanggapan orang atau pihak lain: Citra ini terbina hasil daripada himpunan kegiatan kakitangan UKM yang mengharumkan namanya di dalam atau di luar negara. Salah satu aspek untuk membentuk sikap patriotisme adalah dengan mencintai bahasa kerana bahasa merupakan citra sebuah bangsa. 2 bahasa klasik gambar, lukisan atau arca; imej kata nama 1 gambaran keperibadian seseorang atau sesuatu menurut tanggapan orang atau pihak lain; citra: Perubahan imej Jabur daripada kekampungan kepada kebandaran menjadi tanda tanya kawan-kawannya. Perbuatan gadis itu betul-betul memalukan nama dan imej sekolah kami. 2 gambaran seseorang atau sesuatu objek dalam fikiran: Tiba-tiba terbayang imej ayahnya sedang bekerja. Imej rumah berhantu itu menakutkan saya. 3 gambaran mental atau asosiasi idea seseorang pengarang dalam sesebuah karya: Sastera Melayu banyak melukiskan imej-imej tradisi. imej wanita dalam novel-novel Khadijah Hashim; 4 gambar, terutamanya yang diukir menyerupai seseorang atau sesuatu: Dia menghulurkan kepingan emas dengan imej binatang yang menyerupai seekor lembu. 5 Fizik salinan sesuatu objek yang dihasilkan secara pemfokusan sinaran elektromagnet, bunyi atau cahaya yang terpancar daripada objek atau yang terpantul oleh objek; Pengantian kata hanya memenuhi sebahagian daripada makna dan penggunaannya dalam konteks tertentu. Secara umumnya, kata citra lebih bersifat kejatidirian berbanding kata imej yang bersifat kata pinjaman. | Makna | 18.05.2023 |
|
Tesaurus |
---|
| peribadi (kata nama) | Bersinonim dengan perseorangan, persendirian, diri sendiri, kedirian, seseorang, batang tubuh,
prebet, oknum;, | | Kata Terbitan : keperibadian, berkeperibadian, |
|
|