Kata |
Takrif |
Sumber |
berkepal-kepal | beberapa kepal (nasi dll), bergumpal-gumpal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepal III | sj kuih (dibuat drpd pulut yg dikisar dan dimasak dgn santan dan gula melaka). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepal laut | sj ikan laut, Abudefduf notatus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepal batu | sj ikan laut; a) Abudefduf bengalensis; b) Abudefduf curacao; c) Abudefduf melas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepal II | ; ~ batu sj ikan laut; a) Abudefduf bengalensis; b) Abudefduf curacao; c) Abudefduf melas; ~ laut sj ikan laut, Abudefduf notatus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepal tangan | genggaman (tangan), penumbuk, tinju; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepal | 1 penjodoh bilangan utk benda-benda yg disukat dgn genggam tangan: Dia memberikan dua ~ nasi kunyit kpd anaknya.2 benda yg berbuku atau yg bergumpal kerana digenggam; gumpal. berkepal dlm bentuk kepal; sudah digenggam. mengepal memegang di dlm genggam; menggenggam: ~ nasi. mengepalkan menjadikan sesuatu spt kepal; menggenggamkan: ~ jari kedua-dua belah tangannya. kepalan 1 benda yg berbuku kerana digenggam; gumpalan yg terjadi kerana digenggam: ~ tanah. 2 genggaman tangan spt hendak menumbuk; tinju: memberikan ~ meninju; menumbuk. sekepal sebanyak yg dpt dikepal; segenggam: ~ nasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepal I | 1. = kepalan gumpal (nasi, tanah dll, yg padat setelah digenggam-genggam): disuapkannya ~ nasi itu ke mulutnya; 2. seisi genggaman tangan (bkn nasi dll), sebanyak yg dapat dipadatkan dlm genggaman (bkn nasi dll), genggam: se~ nasi; 3. = ~ tangan = kepalan genggaman (tangan), penumbuk, tinju; diberi ~ ditumbuk (ditinju); se~ menjadi gunung, setitik menjadi laut prb a) drpd sedikit menjadi banyak; b) perkara kecil dibesar-besarkan; berkepal-kepal beberapa kepal (nasi dll), bergumpal-gumpal; mengepal 1. = mengepal-ngepal memadatkan (nasi, pulut, tanah, dll) dlm genggaman tangan; 2. menggenggam: Mahat meronta drpd pegangan Dolah, sebelah tangannya ~ penumbuk; mengepalkan menjadikan (tangan) tergenggam, menjadikan kepalan, menggenggamkan: Rafidah ~ kedua-dua belah tangannya utk menahan drpd menangis; terkepal tergenggam: jari-jari tangannya yg ~ itu masih lagi terletak di atas meja itu; kepalan 1. kepal, gumpalan (nasi, tanah dll); 2. genggaman tangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bingkah | ketul atau gumpalan tanah dll yg berkepal-kepal besar dan padat. berbingkah-bingkah berkepal-kepal besar (ttg tanah, lumpur dll); berbongkah. membingkahi mencangkul tanah dll supaya jadi berbingkah-bingkah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepal | 1. penjodoh bilangan utk benda-benda yg disukat dgn genggam tangan:Dia memberikan dua ~ nasi kunyit kpd anaknya. 2. benda yg berbuku atau yg bergumpal kerana digenggam; gumpal. berkepal dlm bentuk kepal; sudah digenggam. mengepal memegang di dlm genggam; menggenggam: ~ nasi. mengepalkan menjadikan sesuatu spt kepal; menggenggamkan: ~ jari kedua-dua belah tangannya. kepalan 1. benda yg berbuku kerana digenggam; gumpalan yg terjadi kerana digenggam; ~ tanah. 2. genggaman tangan spt hendak menumbuk; tinju: memberikan ~ meninju; menumbuk. sekepal sebanyak yg dpt dikepal; segenggam: ~ nasi. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
handful | n 1. fistful, genggam; (of st that adheres together) kepal: a ~ of hair, segenggam rambut; a ~ of clay, sekepal tanah liat; 2. small number, bilangan kecil: only a ~ of people came to the meeting, hanya sebilangan kecil orang yg menghadiri mesyuarat itu; 3. (colloq) so., st difficult to control, liar: these children are a real ~, budak-budak ini sangat liar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kepal | berkepal-kepal bakapal-kapal. | kedayan | |
kepal | jagem kuih nasi pulut [jagm kuih nasi pulut] | Melanau Dalat | |
kepal | sekepal sakapal; | kedayan | |
kepal | kepalan kapalan; | kedayan | |
kepal | kapal; | kedayan | |
ameh | kepal | TETAW | |
betok | ketul, bongkah, kepal; kudok samalah ~ samalah ugok (duduk spt bongkah spt tunggul) prb sso yg duduk dlm majlis mendiamkan diri; aneak je~ un (anak seketul sahaja) prb anak tunggal; | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kepal | [ke.pal] | کڤل |
berkepal-kepal | [ber.ke.pal.ke.pal] | برکڤل - کڤل |
|
Tesaurus |
---|
| kepal (kata kerja) | Bersinonim dengan genggam, gumpal, bongkah, bingkah, ketul, kepul;, | | Kata Terbitan : berkepal-kepal, mengepal, sekepal, kepalan, |
|
|