Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terbakar kampung kelihatan asap, terbakar hati siapa tahu.

Takrif

Kesusahan yang tidak diketahui oleh orang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Busuk, busuk embacang.

Takrif

Kelihatan bodoh, sebenarnya pandai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ombaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan.

Takrif

Khabarnya telah kedengaran, tetapi buktinya belum ada.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berteras keluar bagai pimping.

Takrif

Kelihatan di luar bagus (kaya dan sebagainya), tetapi sebenarnya sangat melarat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dilihat si pulut, ditanak berderai.

Takrif

Kelihatan seperti orang kaya, tetapi yang sebenarnya miskin.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sembunyi-sembunyi tuma; kepala tersorok ekor kelihatan.

Takrif

Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sembunyi-sembunyi puyuh).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Besi lemah tak patah.

Takrif

Pada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lemah liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagai sadur menimbulkan(kan) senam.

Takrif

Telah kelihatan keadaan yang sebenarnya, yang disembunyi-sembunyikan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai menambah gelang bini.

Takrif

Pemberian yang tak kelihatan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Roda yang berpaling, kuda sudah digerindin.

Takrif

Lahirnya saja kelihatan senang tetapi yang sebenarnya sangat melarat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Puisi
 

Sayang keduduk kayu hutan,
     Hijau biru kelihatan;
Mana duduk di pangku tuan,
     Lemah lesu rasa badan.



Lihat selanjutnya...