Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SUHU PERALIHAN KACASuhu bagi sesuatu bahan polimer berubah daripada keadaan tegar (keadaan berkaca) ke keadaan lembut dan boleh lentur (keadaan bergetah). Peralihan yang biasa berlaku pada bahan berberat molekul rendah ialah perubahan keadaan antara pepejal, cecair, dan gas. Bagi bahan berberat molekul tinggi seperti polimer, peralihan ke keadaan gas tidak pernah tercapai kecuali jika terjadi tindak balas penguraian. Peralihan daripada keadaan pepejal ke cecair juga tidak jelas dan tidak berlaku secara mendadak, melainkan jika polimer itu mempunyai kehabluran yang tinggi. Bagi bahan polimer biasa, zon peralihan yang penting ialah peralihan kaca Tg dan peleburan hablur Tm.KEJURUTERAANDisiplin Ilmu
KATAPLEKSI

Katapleksi ialah satu keadaan yang melibatkan

kehilangan sementara keadaan normal otot secara

tiba-tiba. Ia selalunya disebabkan oleh keadaan

emosi yang keterlaluan terutamanya ketawa,

marah, dan keterujaan. Serangan katapleksi ini

berbeza kadar dan lamanya. Serangan yang

sederhana boleh menyebabkan lemah pada lutut,

atau rahang ternganga, atau kepala terlentok.

UMUM
FIZIK KEADAAN PEPEJALUMUM
SEJUK KAKI

Sejuk kaki ialah keadaan penyakit di bahagian

bawah kaki yang berpunca daripada terlalu lama

terdedah kepada sejuk lembap. Keadaan ini

dialami oleh ramai askar yang bertempur di parit

pelindung semasa Perang Dunia I (19141918). Ia

menyerupai reput fros yang ringan hinggalah

kepada yang sederhana. Reput fros terjadi akibat

terdedah kepada keadaan sejuk kering. Askar,

pekerja luar, dan pemburu selalu mengalami

sejuk kaki. Ia perlu dirawat seperti reput fros,

dengan membersihkan kaki, berehat dan

mengembalikan peredaran darah.

UMUM
KEFAKIRAN

Kefakiran ialah keadaan kesempitan dan

keadaan yang manusia menjadi miskin apabila

kehilangan sumber pendapatan untuk

menanggung mereka.

UMUM
TAPAK KAKI RATA

Tapak kaki rata ialah keadaan lengkung

panjang tapak kaki yang diwarisi kelihatan rata dari

jatuh. Keadaan ini akibat daripada ligamen yang

lemah yang menyebabkan ketidakmampuan untuk

menampung lengkung tapak kaki. Ramai yang

percaya bahawa tapak kaki yang rata boleh

menyebabkan rasa sakit. Pada dasarnya, anggapan

ini tidak benar, kerana ketinggian lengkung tapak

kaki tidak memberikan kesan kepada bagaimana

tapak kaki berfungsi. Walau bagaimanapun,

keadaan ini mungkin boleh menyebabkan rasa

kurang selesa, yang mungkin dapat dikurangkan

dengan reka bentuk kasut yang dapat menampung

lengkung tapak kaki.

UMUM
TETANI

Tetani ialah suatu keadaan yang dikaitkan

dengan sifat terlampau teruja dan aktiviti spontan

sistem saraf. Keadaan ini dicirikan oleh

kekejangan otot secara berkala dan sedikit

perasaan gelabah dan gentar. Bahagian badan

yang terjejas mungkin akan berasa kebas dan

berdenyut-denyut. Biasanya tangan yang terjejas

dahulu, tetapi selepas itu kekejangan otot

barangkali merebak ke muka, badan dan

kerongkong. Kekejangan otot ini hanya terasa

sakit apabila sudah teruk. Tetani berpunca

daripada kekurangan bahan garam kalsium atau

ketakseimbangan bahan kimia di dalam badan.

UMUM
TINITUS

Tinitus ialah satu keadaan apabila bunyi didengar

seolah-olah datang dari dalam kepala. Kebanyakan

orang yang mengalami keadaan ini mendengar

bunyi dering, dengung atau desis. Ada pula yang

mendengar bunyi seperti bunyi cengkerik atau

bunyi ombak. Bunyi yang didengar mungkin

berterusan atau sekejap-sekejap. Ia mungkin

didengar di dalam satu atau kedua-dua belah

telinga.

UMUM
KEJUTAN

Kejutan ialah keadaan berbahaya yang boleh

terjadi jika darah gagal beredar dengan betul di

dalam tubuh. Keadaan ini kadangkala dikenali

sebagai kejutan edaran. Kejutan juga boleh terjadi

kerana sebarang penyakit atau kecederaan yang

serius. Ia boleh juga disebabkan oleh tekanan

emosi. Kejutan yang melampau boleh

menjejaskan fungsi utama tubuh dan boleh

membawa maut.

UMUM
SAWAI

Sawai ialah istilah yang umumnya digunakan

untuk menerangkan sebarang keadaan separuh

sedar atau lena yang luar biasa. Istilah ini juga

boleh digunakan untuk menerangkan keadaan

orang yang dipukau, menurun, dan orang yang

mengalami gangguan mental. Kadangkala, sawai

berlanjutan untuk jangka waktu yang agak panjang.

Walau bagaimanapun, biasanya sawai hanya

berlaku dalam tempoh waktu yang pendek.

Perkataan sawai, pada mulanya digunakan bagi

keadaan roh yang dipercayai telah meninggalkan

tubuh bagi tempoh waktu tertentu.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keadaan