Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Sebelum ini saya ada mengemukakan soalan tentang Ayat Aktif dengan Kata Kerja Transitif. Pihak DBP menjelaskan penggunaan objek dengan Kata Kerja Transitif boleh digugurkan sebagaimana ayat ini: Ayah sedang makan di dapur. Adakah terdapat keadaan-keadaan tertentu di mana penggunaan objek boleh digugurkan untuk Kata Kerja Transitif ? Terima Kasih.Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 487,ada lagi segolongan ayat aktif transitif yang boleh digugurkan objeknya jika objeknya terdiri daripada orang pertama, sama ada berbentuk tunggal atau majmuk. Ayat yang demikian mengandungi kata kerja transitif yang memperoleh ciri adjektif, iaitu kata kerja itu boleh menerima kata penguat. Lazimnya kata dasar bagi kata kerja ini ialah kata adjektif. Tatabahasa31.03.2008
Bagaimanakah pula dengan ayat ini? Frasa "terhadap keadaan ibu" atau "kepada keadaan ibu" patut digunakan? Saya rasa bahawa di sini kata sendi nama "atas" tidak sesuai digunakan, walaupun kata sendi nama "atas" terletak di hadapan frasa nama yang tidak ada bentuk fizikal (abstrak). Kata sendi nama "tentang" pula jika digunakan, akan terbit maksud yang pelik, tetapi kata sendi nama "tentang" dapat menerangkan unsur mujarad atau abstrak. Frasa: Kesan perbalahan terhadap / keadaan / tentang keadaan ibuTiada rumus yang tepat untuk ayat "kesan perbalahan anak-anak terhadap/kepada/tentang keadaan ibu, kami mencadangkan ayat tersebut dipinda menjadi "kesan perbalahan anak-anak terhadap ibu".Tatabahasa11.08.2014
Tuan, "tidak setuju dengan keadaan bahasa salah" atau "tidak setuju akan / kepada keadaan bahasa salah" frasa yang betul? "Dengan" bermaksud bersama, jadi "tidak setuju dengan keadaan bahasa salah" bermaksud kita tidak setuju akan sesuatu perkara bersama "keadaan bahasa salah" yang seolah-olah manusia yang dapat menyertai kita, maka salahlah maksud. Sendi nama yang tepat "kepada / akan" yang bermaksud sasaran, maka betullah frasa "tidak setuju akan / kepada keadaan bahasa salah" kerana frasa ini bermaksud bahawa "keadaan bahasa salah" perkara sasaran untuk perbuatan "tidak setuju". Betulkah pendapat saya?

 
Menurut data kami, kata sendi nama "dengan" digunakan untuk membawa maksud bersama-sama atau beserta,  cara sesuatu itu dilakukan, memakai atau menggunakan sesuatu sebagai alat,  dan menyatakan perbandingan yang serupa atau sama manakala kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif dan kata sendi nama "kepada" pula untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Merujuk kepada ayat tuan di atas, penggunaan frasa "keadaan bahasa salah" tidak gramatis dan frasa yang lebih tepat ialah "penggunaan bahasa yang salah".

Tatabahasa22.12.2016
Bagaimana bezakan "kelam-kabut" dan "huru-hara"? Keadaan politik "kelam-kabut" atau "huru-hara"? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, huru-hara bermaksud  keadaan tidak aman; keadaan kacau-bilau seperti dalam contoh ayat;  Jika rakyat bersatu padu, huru-hara tidak mungkin berlaku. 2. tidak aman; kacau-bilau: Negeri yang dahulunya aman sentosa itu telah menjadi huru hara.


Perkataa kelam-kabut pula bermaksud  tidak tentu hala; tidak teratur; kacau-bilau. berkelam-kabut dalam keadaan kelam-kabut; melakukan sesuatu dengan tidak teratur.

Berdasarkan mkasud tersebut, penggunaan yang betul ialah keadaan politik kelam-kabut jika merujuk keadaan politik yang tidak teratur pengurusannya.
Tatabahasa19.10.2017
Apakah perbezaan antara kedamaian dengan pendamaian?Sila berikan contoh ayat. terima kasih.

Kedamaian bermaksud keadaan damai (keadaan tidak terdapat atau tidak berlaku pergaduhan, peperangan, persengketaan, dan sebagainya; manakala pendamaian bermaksud perihal usaha membaikkan dua pihak (negara dsb) dengan menamatkan atau menyelesaikan perselisihan dan sebagainya, mewujudkan (memulihkan) perhubungan berbaik-baik antara dua atau beberapa pihak (negara dsb) yang bermusuhan (berperang, bertelingkah, berselisihan, dsb).

Tatabahasa06.04.2011
Keadaan Jalan itu menjadi semakin sempit apabila banyak kenderaan diletakkan ___________ Jalan. A. di tepi B. di hujung C. di tengah D. di bahu Jawapan yg sesuai di tepi atau di bahuJawapan yang sesuai ialah di bahu jalan. Namun  begitu, kedua-duanya boleh digunakan kerana ia mempunyai makna yang sama.Lain-lain15.05.2019
Keadaan ditempat kemalangan itu bas itu menjadi ____ dengan suara penumpang menjerit meminta tolong. a) huru-hara b)kelam-kabutJawapan yang tepat ialah hiruk-pikuk. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hiruk+pikuk untuk makna.Tatabahasa19.07.2013
keadaan dalam bilik darjah itu menjadi bertambah gamat apabila guru lewat masuk ke kelas. Tuan. adakah kesalahan dalam ayat ini?

Tiada kesalahan dalam ayat ini.

Tatabahasa13.08.2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan, saya ingin bertanya sekiranya ada tesaurus bagi perkataan SINAH yang membawa maksud keadaan seseorang yang BUKAN TERLELAP ATAU TERTIDUR atau mungkin keadaan HAMPIR TERLELAP. Keadaan ini sering berlaku terutama ketika memandu kenderaan. Mohon pencerahan. Terima kasih.Setakat ini tiada tesaurus bagi perkataan 'sinah' dalam kamus atau daftar istilah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Terima kasih.
Makna20.12.2017
*Tulis sekali, soalan yang saya kirimkan itu ada kesalahan. Bagaimanakah pula dengan ayat ini? Frasa "terhadap keadaan ibu" atau "kepada keadaan ibu" patut digunakan? Saya rasa bahawa di sini kata sendi nama "atas" tidak sesuai digunakan, walaupun kata sendi nama "atas" terletak di hadapan frasa nama yang tidak ada bentuk fizikal (abstrak). Kata sendi nama "tentang" pula jika digunakan, akan terbit maksud yang pelik, tetapi kata sendi nama "tentang" dapat menerangkan unsur mujarad atau abstrak. Frasa: Kesan perbalahan anak-anak terhadap / kepada / tentang keadaan ibuTiada rumus yang tepat untuk ayat "perbalahan anak-anak terhadap/kepada/tentang keadaan ibu, kami mencadangkan ayat tersebut dipinda menjadi "kesan perbalahan anak-anak terhadap ibu".Tatabahasa11.08.2014
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keadaan

Peribahasa
254

Make hay while the sun shines

Ambillah kesempatan sepenuhnya daripada keadaan atau peluang yang ada sebelum ia lenyap.

Menjemur sementara panas

"People are going to tight pants this season, and we should quickly make hay while the sun shines," said the boutique owner, hoping to reap a big profit out of the short-lived favourable situation.

''Musim ini, orang suka pakai seluar ketat, dan kita perlulah segera menjemur sementara panas,'' kata pemilik butik itu yang berharap dapat mengaut keuntungan besar daripada keadaan itu yang datang hanya sekejap.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...