PeribahasaBagai kayu lempung, ditebuk kumbang tembus-menembus.TakrifOrang yang lemah, mudah dianiaya oleh orang yang berkuasa. kayu lempung = kayu ringan dan lunak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKayu mati berpunggur, manusia mati biar bernama.TakrifHidup manusia hendaklah meninggalkan jasa yang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKayu yang besar jugalah yang bersakat.TakrifOrang yang kaya juga yang bertambah kekayaannya. sakat = bendalu, pasilan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut.TakrifOrang yang banyak kawan tidak takut akan susah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKayu dikatakan batu, langit hendak dicapai dengan tangan.TakrifOrang yang tidak sempurna akal fikirannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKayu buruk tiada bercendawan, lumut tumbuh.TakrifOrang yang sudah tua sangat mudah dihinggapi penyakit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat.TakrifOrang yang sudah bersalah itu ada-ada saja orang yang menambah-nambahkan kesalahannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan, uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar.TakrifPemimpin yang menjadi tempat rakyat mengadukan nasibnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKayu bengkok, masakan lurus bayangannya!TakrifOrang yang bercakap bohong tentu tidak dapat dipercayai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKapak tak boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya.TakrifPenganiayaan itu berlaku kerana ada orang yang menjadi biang keladinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |