Kata |
Takrif |
Sumber |
kalang | ; kalangan 1 kelompok orang atau kelompok bangsa tertentu; golongan; lingkungan: ~ atasan golongan orang-orang yg berpangkat tinggi; orang-orang besar. 2 lingkaran di keliling bulan, matahari dll; gelanggang. ~ ayam tempat menyabung ayam; gelanggang ayam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kalang-kabut | a. gelap; tidak terang. b. kacau-bilau; huru-hara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kalang IV | ; ikan ~ sj ikan keli; tertangkap di ikan ~ prb berlawan dgn orang yg pandai (kaya, berani). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalang-kabut | a) kelam-kabut; b) tidak tentu fikiran (binggung). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalang III | ; ~-kabut a) kelam-kabut; b) tidak tentu fikiran (binggung). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalang II | ; kalangan 1. lingkungan, golongan: sajak Sidang Roh oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yg keras drpd berbagai-bagai ~; di ~ orang Melayu; di ~ mahasiswa; di ~ negara Barat hanya Peranchis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri; bahasa ~ bahasa (kata-kata) yg biasa dipakai dlm sesuatu golongan tertentu: ~ atas golongan atas; 2. lingkaran, gelanggang; ~ ayam gelanggang ayam; ~ bulan lingkaran bulan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalang ulu | bantal kepala; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalang | gelang-gelang (tali) yg mengikat andang-andang dgn tiang, kelendara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalang dada | kayu (galah) yg diikat melintang (sbg pelampung) pd perahu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalang ayam | tempat ayam bertenggek (tidur); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
girder | galang/kalang | galang/kalang | galang/kalang | Kejuruteraan |
girder bridge | jembatan galang/ jembatan kalang | jambatan galang/ jambatan kalang | jambatan galang/ jambatan kalang | Kejuruteraan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
tumbuk kalang | tumbuk kalang | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dihentak. Tumbuk kalang terdiri daripada sebuah lesung emping dan tiga hingga lima batang antan yang berlainan saiz. Lesung dihentak dengan antan-antan yang dipegang oleh beberapa orang pemain. Alat muzik yang menghasilkan rentak terhasil bagi mengiringi lagu vokal dimainkan oleh pesawah di Negeri Sembilan pada musim menuai. KM, tumbuk kalang dimainkan dalam pertunjukan kebudayaan, upacara menyambut tetamu atau meraikan majlis perasmian di kampung. |
halo blight | hawar kalang | Biologi | Patologi | Penyakit yang menunjukkan gejala hawar yang dikelilingi oleh kalang pada beberapa tanaman, misalnya daun kekacang yang disebabkan oleh bakteria Pseudomonas syringae pv. phaseolicola. |
halo | kalang | Biologi | Patologi | Gajala berupa lingkaran cerah, akibat klorosis yang selalunya melingkari binti nekrosis. |
antan dan lesung | antan dan lesung | Muzik | Tiada | Alat muzik traditional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dihentak. Antan, iaitu dua hingga empat batang kayu dihentak secara pantas pada padi di dalam lesung yang berbentuk segi empat bujur. Aktiviti ini akan menghasilkan rentak tertentu yang diulangi secara berturut-turut. Antan dan lesung dimainkan dalam ensembel tumbuk kalang di Negeri Sembilan. Alat muzik ini juga terdapat di Sabah dan di Sarawak. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
ajat kalang | sejenis ajat yang dianyam jarang | - | - | - | - | - | Anyaman dan Idea Berasosiasi | Kayan |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kalang I | kalang. | kedayan | |
kalang II | kalangan kalangan, rantaak. | kedayan | |
palang | kalang [kala] | Melanau Dalat | |
galang | kalang. | kedayan | |
kelabut | berkelabut kalang-kabut. | kedayan | |
galang | slipar [slipar]; kalang [kala] | Melanau Dalat | |
kelam | kelam-kabut kalang-kabut; | kedayan | |
kabut | kelam-kabut kalang-kabut. | kedayan | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
kalang sama Bj Sm | sejenis puisi klasik yg disampaikan sambil menari dlm bentuk bulatan bergerak dgn pihak lelaki dan perempuan saling berbalas rangkap. | Majlis betitik dan kalang sama dilangsungkan di pekarangan rumah Embo Bani. | Nembiluk | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
runsai Bj Sm, MSb | sejenis tarian beramai-ramai secara beriringan dalam majlis perkahwinan, sambut menteri. | Entah mengapa, seni kata kalang dua kerat yang dilafazkan oleh penari-penari runsai di bawah sana, seperti menguak kenangan silam yang menimpa dirinya. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
betitik Bj | sejenis irama muzik tradisional masyarakat Bajau Sama yang menggunakan peralatan bunyi-bunyian seperti gong, gendang, bebandil dan kulintangan. | Nukung, apa kata kita cadangkan kepada Tok untuk mengadakan majlis betitik dan kalang sama untuk menghiburkan dan menghilangkan ketegangan penduduk Desa Selengkutai. | Nembiluk | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngangkat abongan Bj Sm | kemuncak tarian runsai hentakan kaki semakin kuat dan rancak mengikut irama. | Tarian runsai tidak menggunakan sebarang alat-alat bunyian, bunyi-bunyi pengiring bagi tarian tersebut cuma timbul dari hentakan kaki dalam Ngangkat abongan dengan diselangi oleh suara kalang yang bertingkah-tingkah dari pihak lelaki dan wanita. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kalang-kabut | [ka.lang.ka.but] | کالڠ - کابوت |
kalang | [ka.lang] | کالڠ |
Entri |
Sinonim |
Takrif |
Contoh Ayat |
Terjemahan Bahasa Melayu |
Tema |
Bahasa |
isun-isun | kalang empat | berbalas pantun diiringi gesekan biola | Maidna aa nedayagan engko isun-isun. | Majlis itu diserikan dgn berbalas pantun yg diiringi gesekan biola. | budaya | Bajau |
|
|