Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mudah jua pada yang ada, sukar jua pada yang tidak.

Takrif

Pada orang kaya segalanya mudah, pada orang yang miskin segalanya susah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jangan puntung berasap jua.

Takrif

Perselisihan (perkara) yang sudah selesai itu jangan diungkit-ungkit lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Adat pasang berturun naik.

Takrif

Apa jua pun benda di dunia ini tak tetap keadaannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bakar tak berbau.

Takrif

Tidak disangka sedikit jua; maksud jahat yang tersembunyi; tidak percaya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua.

Takrif

Orang yang baik biar di mana sekalipun akan dimuliakan juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Digantung tinggi, dibuang jauh.

Takrif

Tidak berkuasa sedikit jua; lemah sekali.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tiada takut akan antah.

Takrif

Tidak takut kepada siapa jua pun.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya.

Takrif

Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Siapa cerdik tinggi naik, siapa calak menang berhitung.

Takrif

Orang yang pandai berkata-kata, meskipun bersalah, dipercayai orang jua. calak = banyak cakap; berhitung = berunding.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Laksana golok kayu, ditetakkan tak makan, dijual tak laku.

Takrif

Pengetahuan yang tidak sempurna, sehingga tidak mendatangkan faedah sedikit jua pun.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jua

Puisi
 

Siapa makan cubadak,
     Kulitnya tergantung jua;
Siapa adik teragak,
     Duduk bermenung jua.



Lihat selanjutnya...