Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam sejahtera. Setahu saya, -nya bermaksud dia punya. Jadi, jadi, yang manakah satukah antara ayat berikut adalahbetul? 1. Buku itu telah dipinjamnya. 2. Buku itu telah dipinjam oleh dia. Terima kasih.Kedua-dua ayat yang diberikan betul.Tatabahasa03.08.2023
kalah jadi abu,menang jadi arahUngkapan yang betul ialah kalah jadi abu,menang jadi arang.Lain-lain27.07.2010
Ingin tahu maksud peribahasa ini.. 1. Kalah jadi abumenang jadi arang. 2Biar putih tulang jangan putih mata. 3. Berakit - rakit ke hulu beranan renang tepian

Menurut Kamus Dewan, maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 

1. Kalah jadi abu menang jadi arang - kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi)

2. Biar putih tulang jangan putih mata - lebih baik mati daripada menanggung malu

3. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian - bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang

Makna15.05.2011
hari jadi atau Hari JadiEjaan yang betul ialah hari jadi.Ejaan07.05.2012
Bolehkah "jadi" mula pada pangkal ayat? Cth: Ayah telah membeli sebuah basikal. Jadi, saya menaiki basikal itu ke sekolah setiap hari. Perlukah tanda "," digunakan selepas perkataan "jadi" dalam ayat di atas?Perkataan "jadi" tidak tergolong dalam kategori penanda wacana. Ayat yang betul ialah "Ayah telah membeli sebuah basikal. Oleh itu, saya menaiki basikal tersebut ke sekolah setiap hari." Untuk maklumat lanjut tentang penanda wacana, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 527.Tatabahasa29.03.2023
Rumah Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi. Ling Sing mengadakan sambutan hari jadi. Ibu bapa Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi untuknya di rumah. Adakah ketiga-tiga ayat ini betul? Adakah budak kecil sesuai mengadakan sambutan? Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1) Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi
2) Ibu bapa Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi untuknya di rumah. 
Lain-lain01.10.2021
Bolehkah perkataan "Jadi" digunakan di tengah ayat? Contoh: Saya membesar di Pulau Pinang jadi makanan laut adalah makanan yang nostalgik bagi saya. Perlukah (,) ditambah?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan jadi juga membawa maksud jadinya kerananya, kerana itu. Oleh itu, perkataan jadi boleh digunakan dalam ayat di atas dan tanda baca koma perlu ditambah.

"Saya membesar di Pulau Pinang, jadi makanan laut ialah makanan yang nostalgik bagi saya".
Tatabahasa07.06.2021
Jadi (merujuk kepada soalan saya pada 16/07/14}, kalau mengikut pedoman transliterasi tersebut, jama'i adalah ejaan yang betul? Terima kasih.Ejaan jama'i sebagai transliterasi kepada perkataan Arab daripada huruf jim mim ain (baris bawah).Tatabahasa18.07.2014
Jadi jika kata membaik pulih bermaksud memulihkan keadaan sesuatu alat, tuan tolong perhatikan ayat saya di bawah ini dan tentukan yang manakah betul. Minta tuan berikan penerangan. 1. Bapa telah membaik pulih keretanya yang rosak. 2. Bapa telah pulih membaik keretanya yang rosak. 3. Bapa telah membaik keretanya pulih yang rosak.Ayat yang betul ialah "Bapa telah membaik pulih keretanya yang rosak." Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, membaik pulih bermaksud membaiki serta memulihkan sesuatu (jentera, pesawat, dll) sehingga dapat digunakan atau dapat berfungsi dengan sempurna: perkhidmatan ~ kapal;.Tatabahasa28.05.2014
Jadi, "mengairi sawah padi" adalah betul dan "mengairkan sawah padi" adalah salah?Mengikut Kamus Dewan dan Kamus Pelajar, mengairi bermakna mengalirkan air ke; membubuh air pada; menggenangi (sawah). Contoh ayat: Mereka menggunakan terusan pengairan untuk mengairi sawah. Tatabahasa01.05.2014
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,

Puisi
 

Kalau mandi abang kini,
     Letakkan dastar atas batu;
Kalau jadi-jadi begini,
     Belikan kita sehelai baju.



Lihat selanjutnya...