Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
BOLEHKAH AYAT IKTIKAD DIGUNAKAN SEPERTI CONTOH DIBAWAH walau bagaimanapun saya tidak dapat menghadiri kursus yang dicalonkan memandangkan perasaan dan iktikad saya yang tidak jelas untuk menghadiri kursus tersebut | Jawapan yang betul ialah kepercayaan bagi menggantikan perkataan iktikad. Harap maklum. | Makna | 22.05.2008 |
ADAKAH MAKSUD LAIN IKTIKAD SELAIN DARIPADA KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maskud iktikad ialah kepercayaan atau keyakinan di dlm hati yg berkaitan dgn rukun iman. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Terima kasih. | Makna | 22.05.2008 |
Assalamualaikum tuan/puan. Saya ingin mendaftar nama syarikat "Iktikad Aspirasi" dan sebelum ke SSM, saya ingin bertanya adakah ianya salah dari segi bahasa sekiranya dua perkataan itu digabungkan. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca soalan saya dan maaf sekiranya soalan saya mengganggu pihak tuan/puan | Penggunaan nama dalam bahasa Melayu tersebut betul. Walau bagaimanapun, sila rujuk pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk maklumat lanjut. | Makna | 12.05.2024 |
saya nk bertanya,boleh anda jelaskan tentang "kepercayaan dalam pekerjaan beserta contoh". | Kepercayaan: 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya; | Makna | 11.11.2009 |
Sila berikan definisi inisiatif, penglibatan dan kepercayaan | Merujuk Kamus Dewan, inisiatif bermaksud daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula: di dlm bukunya itu dia ada menitikberatkan betapa pentingnya ~ perseorangan; mengambil ~ mulai bertindak (berusaha dll); Manakala penglibatan pula bermaksud perihal melibatkan diri (persatuan dsb) dlm sesuatu hal (perkara dsb) dan kepercayaan ialah 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya; | Makna | 18.08.2010 |
|
|