Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Ayat mana yang lebih tepat: borang itu hendaklah dicap Lembaga Peperiksaan ATAU borang itu hendaklah dibubuh cap Lembaga PeperiksaanAyat yang betul ialah "Borang itu hendaklah dicap oleh Lembaga Peperiksaan." atau "Borang itu hendaklah mempunyai logo Lembaga Peperiksaan."Tatabahasa16.07.2013
1. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris. 2. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Ayat 1 atau 2 lebih baik? Ada cadangan lain?1. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris. 2. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Kedua-dua ayat tersebut betul tetapi yang lazim digunakan ialah ayat yang kedua.Tatabahasa10.11.2010
Perkataan asas tender. ayat mana betul :- 1) Tandatangan Pentender / Penender Perkataan asas Sebutharga. ayat mana betul :- 1) Tandatangan Penyebutharga / Pensebutharga ayat mana betul :- 1) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam / di dalam sebutharga ini. 2) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub di bawah / bawah sebutharga ini. 3) a) Laporan hendaklah dihantar pada 5hb. setiap bulan. b) Laporan hendaklah dihantar setiap 5hb pada tiap - tiap bulan. * a atau b yang betul? Terima kasih1) Tandatangan Pentender / Penender
Kedua-dua boleh digunakan. Penender ialah orang/pihak yang membuat atau memberikan tender. Petender ialah orang/syarikat yang mendapat tender.

2) Tandatangan Penyebutharga / Pensebutharga  
Tandatangan Penyebut harga

3) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam / di dalam sebutharga ini.
Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam sebut harga ini.

4 ) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub di bawah / bawah sebutharga ini.
 Perkataan bawah tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.

5) Laporan hendaklah dihantar pada 5hb. setiap bulan. b) Laporan hendaklah dihantar setiap 5hb pada tiap-tiap bulan.
Kedua-dua ayat tersebut betul penggunaan tatabahasa.
Tatabahasa27.03.2013
Bolehkah perkataan"hendaklah merupakan" digunakan dalam sesuatu ayat. Sebagai contoh dalam ayat di bawah ini: Sugar shall be the food chemically known as sucrose. Gula hendaklah merupakan makanan yang secara kimia dikenali sebagai sukrosa.Perkataan "hendaklah merupakan" boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konsep penulisan. Walau bagaimanapun, perkataan "hendaklah merupakan" dalam contoh ayat di atas tidak sesuai digunakan. Cadangan kami, teks tersebut diterjemahkan kepada "Gula ialah makanan dan dari segi kimia dikenali sebagai sukrosa".Penyemakan dan penterjemahan31.05.2021
Adakah ayat-ayat di bawah betul? 1) Kita hendaklah menjalankan tugas kita dengan penuh tanggungjawab. 2) Ibu bapa hendaklah mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak.Ayat yang betul ialah seperti yang berikut:


1) Kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.


2) Ibu bapa hendaklah mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak.
Tatabahasa03.04.2015
1) Sebelum berakit, saya dan keluarga dikehendaki memakai jaket keselamatan. 2) Sebelum berakit, saya dan keluaraga hendaklah memakai jaket keselamatan. hendaklah atau dikehendaki? Mohon beri penjelasan yang terperinci.Meujuk pada pertanyaan anda, ayat yang betul ialah Sebelum berakit, saya dan keluarga dikehendaki memakai jaket keselamatan. Kata dikehendaki ialah kata kerja pasif diikuti dengan kata kerja aktif memakai manakala hendaklah ialah kata tugas mesti diikuti dengan kata kerja atau kata adjektif.  Tatabahasa14.01.2019
Adakah penggunaan perkataan 'hendaklah' bagi contoh ayat berikut tidak sopan/kasar: "Senarai Semak hendaklah dicetak sebelum difailkan"Partikel -lah pada perkataan hendaklah merupakan penegas  yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Ia tidak membawa  makna tidak sopan/kasar.Tatabahasa04.05.2010
A - Pengawas yang dilantik hendaklah dari kalangan guru sekolah. B - Pengawas yang dilantik hendaklah daripada kalangan guru sekolah. Ayat A atau B betul?

Saudara,

Ayat yang betul ialah " Pengawas yang dilantik hendaklah daripada kalangan guru sekolah. Kata sendi "dari" digunakan untuk arah, tempat dan masa.

Tatabahasa30.11.2010
Semua tuntutan hendaklah dibuat di Jabatan Pelajaran Negeri di bawah peruntukan Kumpulan Wang Amanah. Semua tuntutan hendaklah dibuat di Jabatan Pelajaran Negeri bawah peruntukan Kumpulan Wang Amanah. Ayat mana yang betul?Ayat yang betul ialah Semua tuntutan hendaklah dibuat di Jabatan Pelajaran Negeri di bawah peruntukan Kumpulan Wang Amanah kerana "di bawah" di sini bermaksud tertakluk pada peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa dan sebagainya.Tatabahasa11.02.2010
USIM hendaklah mengenal pasti keperluan pewujudan rekod, berdasarkan kepada perkara berikut: ATAU USIM hendaklah mengenal pasti keperluan pewujudan rekod, berdasarkan perkara berikut: Mohon penjelasan yang manakah lebih tepat. tqKedua-duanya boleh digunakan. Namun  begitu ayat yang lebih tepat ialah USIM hendaklah mengenal pasti keperluan pewujudan rekod, berdasarkan perkara yang berikut:Tatabahasa22.10.2020
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hendaklah

Puisi
 

Hendaklah minum tidak bergula,
     Pahitlah pahit diminum juga;
Sudahlah hati bersama suka,
     Baiklah baik diikut juga.



Lihat selanjutnya...