Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cari rebung tanah seberang, Letak mari di atas tikar; Kalau menyambung hendaklah panjang, Kalau menebar hendaklah lebar.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hendaklah minum tidak bergula, Pahitlah pahit diminum juga; Sudahlah hati bersama suka, Baiklah baik diikut juga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hendaklah baik memilih pandan, Di dalam pandan ada duri; Hendaklah baik membela badan, Di dalam badan ada diri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sungguh minyak menerangkan pelita, Hendaklah jua panjang sumbunya; Sungguhpun banyak sahabatnya kita, Hilang satu pilu rasanya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau abang menebang ara, Hendaklah tebang dengan kapak; Kalau abang hendak berkira, Pergi berjumpa ibu dan bapak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tajam sungguh si buluh gadung, Hendaklah ikat bersama tali; Hancur luluh tulang dan daging, Namun kulupa tidak sekali.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Riang-riang di Gunung Ledang, Hendaklah makan si umbut padi; Sialah-sia mata memandang, Belum dapat main tak jadi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang bertolak di Tanjung Rhu, Sarat memuat buah perpat; Hendaklah banyak mengadap guru, Supaya terang jalan makrifat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jala rambang berantai timah, Hendak menebar laut Melaka; Mata rambang hendaklah diubah, Jikalau tidak badan binasa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Katang-katang berisi manik, Manik berisi campur padi; Saya datang hendaklah naik, Mana tempat membasuh kaki.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hendaklah

Puisi
 

Hendaklah minum tidak bergula,
     Pahitlah pahit diminum juga;
Sudahlah hati bersama suka,
     Baiklah baik diikut juga.



Lihat selanjutnya...