Minyak ikan kod ialah minyak yang berwarna kuning, berbau hanyir, yang diperoleh daripada hati ikan kod. Ia mengandungi banyak vitamin A dan D. Pada satu masa dahulu, ramai orang memakan minyak ikan kod untuk mencegah daripada kekurangan vitamin A dan D. Orang yang tidak mendapat cukup vitamin A mungkin menghadapi masalah kulit dan mata. Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan riket, iaitu penyakit yang menyebabkan kecacatan tulang. |