PeribahasaLalu hangus, surut layu.TakrifKeadaan yang serba salah, diperbuat salah tak diperbuat pun salah. (Bandingkan dengan: Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAngus (hangus) tiada berapi, karam tiada berair.TakrifMenderita kesusahan kerana kematian atau kehilangan kekasih. (Peribahasa lain yang sama makna: Hanya tiada berapi, sejuk tiada berair).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBakar tiada hangus.TakrifSangat degil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDibakar tak hangus, direndam tak basah.TakrifSangat berkuasa; tak mudah dikalahkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDipanggang tiada hangus.TakrifSelamat dalam menempuh berbagai-bagai percubaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak masak langsung hangus.TakrifKerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu langit, b. Terlampau panggang jadi hangus).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerlampau panggang jadi hangus.TakrifKerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak harum terlalu hangit.TakrifKerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak masak langsung hangus, b. Terlampau panggang jadi hangus).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak tinggi terlalu, jatuh.TakrifKerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus, c. Hendak panjang terlalu, patah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak panjang terlalu, patah.TakrifKerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |