PeribahasaGigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga.TakrifKerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi.TakrifKeinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gigi tanggal, rawan murah, b. Gigi telah gugur, tebu pun menjadi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLunak gigi daripada lidah.TakrifMerendahkan diri; bersikap lemah-lembut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggal gigi dengan lidah saja.TakrifTelah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan ataupun kerana kecurian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDikunyah patah gigi, ditelan sembelit.TakrifMembuat sesuatu pekerjaan tanpa pengetahuan adalah sia-sia saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPunggung dipukul, gigi habis tanggal.TakrifLain yang disindir, lain yang merasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGigi telah gugur, tebu pun menjadi.TakrifKeinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Gigi tanggal, rawan murah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGigi tanggal, rawan murah.TakrifKeinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Mata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBila meminta: lembut gigi daripada lidah.TakrifBila berkehendakkan sesuatu maka selalu orang berlemah lembut dan merendahkan diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCanggung seperti antan dicungkilkan duri (= gigi).TakrifMelakukan sesuatu pekerjaan yang bukan sepatutnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |