Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendakkan halus, genting; genting putus sudahnya.

Takrif

Perbuatan yang melebihi batasnya tentu tidak selamat dan akhirnya akan mendatangkan kerugian.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Genting putus, biang tembuk.

Takrif

Perkara yang sudah putus dan tidak dapat diubah lagi, suami isteri yang sudah bercerai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Genting menanti putus, biang menanti tembuk.

Takrif

Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. (Peribahasa lain yang sama makna: Biang menanti tembuk).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biar genting jangan putus.

Takrif

Biar rugi sedikit jangan rugi banyak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menahan jerat di tempat genting.

Takrif

Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: Memancing di air keruh).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus genting.

Takrif

Perbuatan yang jahat jangan dibiasakan. (Bandingkan dengan: Dilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memancing di air keruh.

Takrif

Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menahan jerat di tempat genting, b. Menahan [= memasang] lukah di penggentingan, c. Menangguk dalam air keruh).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menangguk dalam air keruh.

Takrif

Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memancing di air keruh, b. Menahan jerat di tempat genting, c. Menahan [= memasang] lukah di penggentingan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menahan (= memasang) lukah di penggentingan.

Takrif

Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memancing di air keruh, b. Menahan jerat di tempat genting).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata genting