Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Nama Cameron Highlands sudah ditukar secara rasmi menjadi Tanah Tinggi Cameron atau tidak? Cameron Highlands = Tanah Tinggi Cameron Genting Highlands = Tanah Tinggi Genting Nama khas yang mana harus digunakan?Tidak ada pewartaan tentang pertukaran nama tempat daripada Cameron Highlands kepada Tanah Tinggi Cameron dan Genting Highlands kepada Tanah Tinggi Genting. Walau bagaimanpun terdapat kecenderungan sebilangan penulis menggunakan padanan nama, iaitu Tanah Tinggi Cameron bagi merujuk Cameron Highlands.Istilah06.10.2015
Selamat sejahtera dan salam 1Malaysia. (A) Penggunaan "terdapat". Adakah semua ayat di bawah betul? 1. Terdapat kereta kabel di Genting Highlands. 2. Kereta kabel terdapat di Genting Highlands. 3. Di Genting Highlands, terdapat kereta kabel. (B) Penggunaan "dalam". Ayat yang mana satukah betul? 1. Saya membuang sampah di dalam tong sampah. 2. Saya membuang sampah ke dalam tong sampah. 3. Ada habuk di dalam mata saya. 4. Ada habuk dalam mata saya. 5. Saya bermain badminton di dalam dewan. 6. Saya bermain badminton di dewan. Sekian, terima kasih.

1. Penggunaan 'terdapat' dalam ayat-ayat tersebut adalah betul.

2. Saya membuang sampah ke dalam tong sampah. Ada habuk di dalam mata saya. Saya bermain badminton di dalam dewan.

Tatabahasa28.10.2011
Apakah kata tanya yang sesuai digunakan untuk soalan yang berikut: Apakah sudut genting kaca itu? atau Berapakah sudut genting kaca itu? Apakah suhu yang diperlukan untuk proses tersebut? @ Berapakah suhu yang diperlukan untuk proses tersebut? Apakah kata tanya yang tepat digunakan utk soalan yang berbentuk seperti itu? Bagaimanakah hendak menggunakan kata tanya 'apa' dan 'berapa' paling tepat untuk soalan berbentuk matematik dan sains? Apakah ada perbezaan penggunaannya? sekian, terima kasihApa ialah kata untuk menanyakan jenis atau sifat sesuatu, manakala berapa ialah kata untuk menanyakan jumlah, iaitu besar, bilangan, harga, tinggi dan sebagainya. Ayat yang betul ialah: Berapakah sudut genting kaca itu? Berapakah suhu yang diperlukan untuk proses tersebut?Tatabahasa17.03.2011
Encik Lim sekeluarga melancong di Tanah Tinggi Genting. Ayat ini betul atau salah dari segi tatabahasanya.Ayat ini betul. Penggunaan kata sendi nama "di" membawa maksud mereka itu telah sampai di Tanah Tinggi Genting.Sastera21.05.2014
1. Rumah batu di tepi sawah itu beratap/beratapkan genting. Apakah perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut? 2. Izana berkhidmat sebagai sukarela di rumah kebajikan. Adakah ayat ini betul? Tolong tuan terangkan jika ayat ini salah. 3. Cahaya lampu yang tersilau/menyilaukan itu menyakitkan mata saya. Bolehkah tuan menerangkannya kepada saya. Sekian terima kasih.

1. Ayat yang betul ialah "Rumah batu di tepi sawah itu beratapkan genting."

Bezanya adalah seperti berikut:

  • beratap

    mempunyai (memakai) atap, dibubuh (dipasangkan) atapnya: pondok itu belum ~;
  • beratapkan

    mempunyai atau dipasangkan sesuatu (spt rumbia, genting, dsb) sbg atapnya atau bumbungnya: rumah papan ~ genting;
  •  

    2. Ayat yang betul ialah "Izana berkhidmat secara sukarela di rumah kebajikan."

    3. Ayat yang betul ialah "Cahaya lampu yang menyilaukan itu menyakitkan mata saya."

  • menyilaukan

    menyebabkan menjadi silau: sinar matahari itu sungguh ~ mataku;
  • tersilau

    menjadi silau;
  •  

    Tatabahasa07.12.2009
    Salam, saya sedang menulis manuskrip untuk buku BM. Saya ingin bertanya kepada tuan/puan, kata nama khas seperti Genting Highlands atau Cameron Highlands contohnya perlukah diterjemah ke dalam BM menjadi Tanah Tinggi Genting, Tanah Tinggi Cameron ataupun tidak perlu? Terima kasih.Kata nama khas tersebut perlu diterjemahkan ke bahasa Melayu bagi mengelakkan bahasa rojak dalam buku yang diterbitkan.Tatabahasa17.01.2013
    Saya telah memohon untuk menjadi Munsyi Sastera bagi mewakili institusi saya (Institut Aminuddin Baki) yang kini bertambah luas cawangannya iaitu di Sabah, Sarawak, Kedah, Genting dan Enstek Nilai. Kami di IAB ada menerbitkan majalah bercorak sastera seperti cerpen dan puisi. Oleh itu Munsyi Sastera amat diperlukan di institusi saya bagi memberikan apa juga bentuk nasihat yang diperlukan. Namun begitu sehingga kini saya masih lagi belum menerima sebarang maklum balas.Saya telah memohon untuk menjadi Munsyi Sastera bagi mewakili institusi saya (Institut Aminuddin Baki) yang kini bertambah luas cawangannya iaitu di Sabah, Sarawak, Kedah, Genting dan Enstek Nilai. Kami di IAB ada menerbitkan majalah bercorak sastera seperti cerpen dan puisi. Oleh itu Munsyi Sastera amat diperlukan di institusi saya bagi memberikan apa juga bentuk nasihat yang diperlukan. Namun begitu sehingga kini saya masih lagi belum menerima sebarang maklum balas.
    Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, mohon Puan Saadian menghubungi terus Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran iaitu Puan Siti Aisah Murad melalui talian 03-21479222, e-mel aisah@dbp.gov.my atau pegawainya Encik Mohd Jusoh Majid 03-2147 9216, e-mel jusoh@dbp.gov.my.
    Lain-lain23.01.2014
    mksud kegawatan ekonomi. Punca, kesan dan cara mengatasi masalah kegawatan ekonomi.

    Saudara,

    Perkataan gawat bermakna berbahaya, genting, tegang: perdarahan demikian biasanya tidak begitu ~ tetapi perlu diadakan pemeriksaan dahulu;

    menggawatkan : menimbulkan ketegangan, membahayakan (keadaan dll), menggentingkan (keadaan dll): kekejaman yg di lakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin semakin ~;

    kegawatan : keadaan gawat, kegentingan, ketegangan: jelas sekali masyarakat yg didiskusikan oleh dramatisnya sedang berada dlm ~, kritikal, penuh krisis dan kekacauan; hanya beberapa hari sebelum dijalankan upacara akad nikah, barulah terjadi ~ itu.

    Untuk mengetahui punca, kesan dan cara mengatasinya, saudara perlulah membuat penyelidikan dan rujukan di perpustakaan di tempat saudara tentang isu ini.   

    Lain-lain10.11.2009
    Seorang 'ulat bilik' berusia 31 tahun nyaris maut selepas ditikam oleh sekumpulan lelaki kerana cuba memonopoli semua bilik sebuah hotel di pusat peranginan Genting Highlands semalam. - Mstar online Apakah maksud 'ulat bilik' ? Terima kasih.Contoh penggunaan kata ulat yang  selalu digunakan dalam frasa ialah ulat buku yang bermaksud seseorang yang sangat rajin membaca buku. Manakala bagi contoh yang membawa maksud negatif ialah seseorang yang menjalankan kegiatan tidak mengikut peraturan yang betul seperti ulat teksi. Dalam contoh ayat yang diberikan, gambaran  ulat bilik  tidak ada dalam rujukan kami. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mendapatkan maklumat lanjut.Makna03.09.2009
    1) Adakah perkataan membuka telinga sesuai digunakan dalam ayat di bawah? - Manisah membuka telinga untuk mendengar perbualan rakannya melalui telefon. 2) Adakah perkataan SANGAT GUNDAH-GULANA SESUAI digunakan dalam ayat di bawah? - Puan Gayah sangat gundah-gulana apabila memikirkan tingkah laku anak lelaki tunggalnya itu. 3) Adakah perkataan GENTING LEBIH TEPAT JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PERKATAAN TEGANG dalam tempat kosong di bawah? - Bekalan air dan makanan di kawasan perperangan itu semakin _______________ dari sehari ke sehari.1) Membuka telinga bermaksud mendengar baik-baik. Ayat yang betul ialah  Manisah membuka telinga untuk perbualan rakannya melalui telefon.

    2) Menurut Kamus Pelajar, gundah-gulana bermaksud tersangat sedih sehingga badan menjadi lesu. Perkataan gundah-gulana boleh digunakan. Ayat yang betul ialah "Puan Gayah gundah-gulana apabila memikirkan tingkah laku anak lelaki tunggalnya itu."

    3)Perkataan genting lebih sesuai digunakan dalam ayat tersebut.  Bekalan air dan makanan di kawasan perperangan itu semakin genting dari sehari ke sehari.
    Tatabahasa18.07.2013
    1
    Tesaurus
    Tiada maklumat tesaurus untuk kata genting