Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Piring kaca tercampak hancur, Tidak hancur pastilah gemuk; Pening kepala tak nyenyak tidur, Hendak tidur laki merajuk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang duduk tidak beranjak, Penatnya lepas bercakap-cakap; Orang gemuk awak yang sesak, Melihat nafasnya tercungap-cungap.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Terbang nyamuk menyusur batang, Semut menggigit terasa sakit; Orang gemuk tidur terlentang, Perut buncit bagaikan bukit.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Anak beruk main tempurung, Kena pungkang kepala pening; Awak gemuk berkain sarung, Disangka orang betina bunting.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak beruk mencuri pinang, Disergah orang jauh berdebam; Awak gemuk mandi telanjang, Disangka orang gajah berendam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak beruk duduk menjerat, Kepala tunduk mengintai cicak; Awak gemuk masuk ke helat, Di mana duduk lantai berderak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak beruk menari-nari, Disergah kijang masuk belukar; Awak gemuk tegak menari, Rumah bergoyang orang pun gempar.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak beruk berebut kuntum, Ditampar musang lari meraung; Awak gemuk ketum berdentum, Gemparlah orang seisi kampung..Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sayang itik duduk termenung, Hendak berenang kakinya patah; Kupandang adik gemuk gedempong, Lemahlah tulang hati pun gundah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Galah pendek penjolok terung, Masak sebiji dimakan tupai; Awaklah pendek gemuk gedempung, Hendak berbini tinggi semampai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gemuk

Puisi
 

Ayam bertelur dalam semak,
     Telur habis makan dek jukung;
Bagaimana badan tak gemuk,
     Abang balik membawa untung.



Lihat selanjutnya...