Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan.

Takrif

Sesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertambah gemuk tubuh babi itu, bertambah kecil lagi matanya.

Takrif

Orang miskin yang beroleh kekayaan dan yang hanya mementingkan dirinya saja dan tak hendak memandang orang lain lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tuah kerbau gemuk, tuah lombong berisi, tuah manusia semuafakat.

Takrif

Keunggulan kerbau kerana gemuknya, keunggulan lombong kerana isinya, keunggulan manusia kerana muafakatnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terlepas daripada babi gemuk, terpeluk anjing kurap.

Takrif

Perempuan yang bernasib malang, bercerai daripada suami hartawan yang hina dan kahwin dengan seorang hamba yang miskin.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai balak terendam.

Takrif

Orang gemuk yang malas bergerak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai sumpit dihentakkan.

Takrif

Orang yang gemuk dan lembam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pinggang rampin bagai ketiding.

Takrif

Perempuan gemuk yang besar pinggangnya. ketiding = bakul besar tempat beras dan sebagainya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti sumpit abu ditegakkan.

Takrif

Orang gemuk, pendek dan lembam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai punggur rebah.

Takrif

Jatuhnya orang yang gemuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai nangka masak gugur). punggur = tunggul.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti gajah berpaling.

Takrif

Kepayahan orang yang gemuk berpusing ke belakang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gemuk

Puisi
 

Ayam bertelur dalam semak,
     Telur habis makan dek jukung;
Bagaimana badan tak gemuk,
     Abang balik membawa untung.



Lihat selanjutnya...