Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai anjing melintang denai.

Takrif

Sangat gembira; sangat gembira; sangat sombong. denai = jejak binatang besar di hutan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai si mandul mendapat anak.

Takrif

Gembira kerana mendapat barang kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai perempuan bunting bertemu idamannya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai perempuan bunting bertemu idamannya.

Takrif

Gembira kerana mendapat barang kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai si mandul mendapat anak).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagai kera mendapat pisang.

Takrif

Sangat gembira.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Anak kuda bulu kasap.

Takrif

Anak muda yang riang gembira. bulu kasap = bulu yang tidak licin.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ditanam tebu di telinga, berkembang bunga raya di muka.

Takrif

Gembira oleh kerana mendengar pujian.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tua-tua tupai tak tidur atas tanah.

Takrif

Orang tua yang senantiasa riang gembira hidupnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti cicak makan kapur.

Takrif

Beroleh malu dalam suatu majlis kerana kesalahan sendiri; bersenang hati; gembira.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kerana lotong terlalu makan, tupai dijulai timpa perasaan.

Takrif

Orang besar-besar yang bersuka-ria, orang kecil-kecil yang gembira berlebih-lebihan. lotong (lutung) = kera hitam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gembira