Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bunganya dipersunting, pangkalnya diberaki.

Takrif

Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga dipetik, perdu ditendang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bunga dipetik, perdu ditendang.

Takrif

Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai bajak wangkang makan diangkat.

Takrif

Orang yang gemar dipuji. bajak = perompak; wangkang = perahu besar; bajak wangkang = tenggala yang selalu mesti diangkat-angkat waktu menggunakannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kelekati memanjat peran, sebelum mati belum jeran.

Takrif

Terlalu gemar akan sesuatu perkara sehingga rela mengorbankan diri sendiri. kelekati = kelekatu; peran = balok yang menyambung tiang rumah. jeran = jera.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai menjenguk jerat sial.

Takrif

Melawat sesuatu tempat tetapi hanya sebentar saja; orang yang gemar berjalan-jalan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai padi, hendakkan dedak; bagi laki (= suami), hendakkan gendak.

Takrif

Orang yang suka menolak sesuatu pemberian yang baik, dan gemar berbuat pekerjaan buruk.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gemar