SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Gayah menukang pari, Patah tambak gelombang satu; Bukan senang ambo ke mari, Sepok dek ombak gelombang satu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAngin barat gelombang timur, Ombak memecah di atas tangga; Tuan di barat kami di timur, Panas bersama datang menganga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAngin timur gelombang barat, Angin merebah buah pedada; Seorang di timur seorang di barat, Rasa pecah dalam dada. |
SumberSekalung Budi Seuntai BahasaPuisiAnak Cina main gelombang, Nampak dari Tanjung Jati; Tuan umpama bunga yang kembang, Sentiasa hidup di dalam hati. Anak beruk di kayu rendang, Turun mandi di dalam paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya. Anak ikan dimakan ikan, Ikan berenang dalam perigi; Hilang intan berganti intan, Intan bernama payung negeri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLumba-lumba main gelombang, Riak sampai Kuala Linggi; Cuba-cuba menanam mumbang, Kalau hidup tuah negeri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLumba-lumba bermain gelombang, Cuaca redup tengah hari; Cuba-cuba menanam mumbang, Kalau hidup tuah negeri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPasang ombak di laut tinggi, Gelombang macam di Tanjung Puri; Jika abang berjiwa tinggi, Jika sungguh menyerah diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNak luruh rupanya hari, Tidak pernah gelombang tujuh; Inilah tua rupanya kami, Tidak pernah mumbang tumbuh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPatah pasak di dalam kemudi, Patah ruang ditimpa gelombang; Kalau tak dapat bertemu laki, Bulan terang sama dipandang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari seberang pergi ke Deli, Bawa utusan dari sana; Gelombang besar jangan peduli, Jaga olak dari mana. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelombang; |
|
Puisi |
---|
|
Angin barat gelombang timur, Ombak memecah di atas tangga; Tuan di barat kami di timur, Panas bersama datang menganga.
Lihat selanjutnya... |
|