Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Elok parang kerana tajam, Mata tajam banyak gunanya; Elok orang adatnya faham, Kerana faham nampak mulianya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata adat kata berkias, Siapa faham tahu ertinya; Kita seadat sama senafas, Sarna faham isi hatinya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Zaman kini dunia terbalik, Bertukar faham sudah biasa; Dengan laki bersangka baik, Keluar malam biarlah saja.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Dibilang kata disebut adat, Siapa mendengar tentulah faham; Orang pendusta mulut berulat, Nama tercemar laku pun kejam.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Surat kita sudah dibentang, Untuk dibaca supaya faham; Adat kita sudah dibilang, Untuk pelita siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Kata tua beradab santun; Adat faham lembaga terang, Tua muda hidupnya rukun.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Besar dan kecil dikandungnya; Adat faham lembaga terang, Benar dan adil jadi payungnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Dibilang-bilang kajinya banyak; Adat faham lembaga terang, Hati penyayang budinya nampak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Pakaian Melayu turun-temurun; Adat faham lembaga terang, Berkain baju bersopan santun.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Menuntun hidup supaya selamat; Adat faham lembaga terang, Beruntung hidup dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata faham

Puisi
 

Bapa hendak meniti dahan,
     Dahan patah tebing seberang;
Saja tak pandai harap faham,
     Jangan gelabah disuruh orang.



Lihat selanjutnya...