Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Angan lalu, faham tertumbuk.

Takrif

Sesuatu hal yang banyak halangannya; kemahuan ada tetapi tidak berdaya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertelingkah bagai antan di lesung.

Takrif

Berselisih faham di antara orang yang sama satu pekerjaan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seukur berbaur, bertopang bercerai.

Takrif

Kalau seia-sekata, kekal; kalau berselisih faham, bercerai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Daun nipah dikatakan daun labu.

Takrif

Kalau segan bertanya tentulah timbul salah faham.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Orang itu empat gasal, lima genap.

Takrif

Orang yang suka berbantah dan berlainan faham daripada orang banyak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memetik kecapi bertali sumbang, seperti serunai berbunyi gambang.

Takrif

Percakapan yang tidak jelas sehingga menimbulkan salah faham orang yang mendengarnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak keruh laut oleh ikan, tak runtuh gunung oleh kabut.

Takrif

Adat yang mutlak tidak akan berubah oleh faham (fikiran, aturan dan sebagainya) yang baru.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Adat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat.

Takrif

Tiap-tiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal usul adat itu supaya terhindar daripada kekeliruan dan salah faham.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata faham

Puisi
 

Bapa hendak meniti dahan,
     Dahan patah tebing seberang;
Saja tak pandai harap faham,
     Jangan gelabah disuruh orang.



Lihat selanjutnya...