Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ANALISIS KOS FAEDAH

Analisis kos faedah, sejenis kajian ekonomi,

yang menilai kos dan faedah sesuatu projek atau

rancangan yang sedia wujud, atau yang telah

dicadangkan untuk masyarakat. Perancang kerajaan

dan industri menggunakan analisis kos faedah untuk

membantu mereka membuat keputusan.

UMUM
FAEDAH BERBANDING

Faedah berbanding ialah faedah yang dinikmati oleh sesebuah negara kerana dapat mengeluarkan barangan tertentu dengan kos lepas yang lebih rendah daripada negara lain walaupun menggunakan sumber ekonomi yang sama.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
MOGOK

Mogok ialah tindakan berhenti kerja oleh

sekumpulan pekerja. Kesemua atau sebilangan

pekerja sesebuah syarikat mungkin terlibat. Pekerja

menggunakan mogok sebagai senjata tawar-menawar.

Mereka berharap mogok atau ancaman

untuk mogok akan memujuk syarikat agar

bersetuju dengan tuntutan mereka untuk

mendapatkan gaji yang lebih tinggi, keadaan kerja

yang lebih baik, atau faedah-faedah lain.

UMUM
RIBA

Riba ialah caj faedah pada kadar yang tinggi,

yang dikenakan ke atas wang yang dipinjam. Di

sesetengah negara, riba ditafsirkan sebagai caj

faedah yang dikenakan melebihi daripada kadar

maksimum yang sah di sisi undang-undang.

Orang perseorangan atau institusi yang

mengenakan kadar yang lebih daripada yang

dibenarkan di sisi undang-undang dikenali

sebagai pemakan riba .

UMUM
FAEDAH

Faedah

UMUM
PERHUTANAN

Perhutanan ialah sains pengurusan sumber

hutan untuk faedah manusia. Amalan perhutanan

yang baik membantu mengekalkan bekalan kayu

yang mencukupi bagi membuat papan lapis,

kertas, dan keluaran kayu yang lain. Perhutanan

juga termasuk pengurusan sumber seperti air,

hidupan liar, kawasan ragut, dan kawasan rekreasi.

UMUM
SIMBIOSIS

Simbiosis bermakna hidup bersama. Mana-mana

dua spesies organisma yang berbeza hidup bersama

dalam hubungan yang rapat dinamakan simbiotik.

Dalam hubungan simbiotik, satu pihak selalu

mendapat faedah daripada hubungan ini. Pihak satu

lagi juga mungkin mendapat faedah, atau ia mungkin

tercedera, atau tidak terjejas daripada hubungan ini.

Terdapat tiga bentuk simbiosis, iaitu parasitisme,

komensalisme, dan mutualisme.

UMUM
BIJIH TIMAHBatu pejal atau tanah pasir yang mengandungi mineral timah melebihi paras biasa dan memberi faedah ekonomi atau manfaat apabila diusahakan.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
TABUNG AMANAH

Tabung amanah ialah wang atau harta yang

diurus oleh seseorang atau kumpulan bagi faedah

orang lain atau kumpulan lain. Istilah lain untuk

tabung amanah termasuk korpus , prinsipal, dan

harta pesaka amanah . Pengaturan di bawah

pengurusan tabung amanah dikenali sebagai

amanah .

UMUM
AMALAN RASUAH

Amalan rasuah ialah teknik yang tidak beretika

yang digunakan oleh ahli politik untuk

mendapatkan faedah politik dalam sesuatu pilihan

raya.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata faedah