Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengasah parang timah.

Takrif

Pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menuntut piutang lapuk.

Takrif

Mengerjakan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tuba habis (= binasa), ikan tak dapat.

Takrif

Pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memerah kain basah orang.

Takrif

Mengerjakan urusan orang lain tanpa mendapat sesuatu faedah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memelihara gajah putih.

Takrif

Menyusahkan diri dengan memelihara orang yang tiada mendatangkan faedah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya.

Takrif

Sukakan kepada sesuatu itu kerana faedah yang dapat diperoleh daripadanya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sepahit-pahit mambu, kelatnya menjadi obat (ubat).

Takrif

Kadang-kadang nasihat yang pedas mendatangkan faedah daripada pujian-pujian yang mulia. mambu (semambu) = sebangsa rotan airnya pahit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Orang baru kaya jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi.

Takrif

Perbuatan yang tidak mendatangkan faedah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kain pendinding miang, wang pendinding malu.

Takrif

Segala sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah daripada benda-benda itu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Alim bagai katak di tepi air.

Takrif

Orangnya alim (banyak ilmu) tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata faedah