Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Faedah-Faedah bersukan dalam kalangan murid IALAH DAPAT....... atau Faedah-faedah bersukan dalam kalangan murid ADALAH DAPAT...... yang mana betul?Faedah bersukan dalam kalangan murid dapat menyihatkan tubuh badan. Kata pemeri ialah/adalah tidak perlu hadir dalam ayat ini.Tatabahasa17.05.2021
Apakah faedah-faedah belajar Wacana Profesional Berimpak Tinggi (Kertas Cadangan dan Laporan) dan Pertemuan Munsyi Dewan (Bahasa, Sastera dan Jawi) dalam Bahasa MelayuSalam sejahtera,

Wacana Profesional Berimpak Tinggi dan Pertemuan Munsyi Dewan (Bahasa, Sastera dan Jawi) dalam Bahasa Melayu

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Faedah menyertai Kursus Wacana Profesional Berimpak Tinggi (Kertas cadangan dan Laporan):
* Peserta dapat mempelajari kaedah penyusunan idea yang baik dan penghujahan idea yang mantap.
* Peserta dapat meminimumkan kesalahan bahasa dalam penulisan kertas cadangan dan laporan. 

Pertemuan Munsyi diadakan khusus untuk mereka yang ditauliahkan sebagai Munsyi Dewan (Bahasa/Jawi/Sastera). Pertemuan ini akan menggunakan bahasa Melayu. Sekiranya puan memerlukan maklumat lanjut tentang perkara ini, puan bolehlah menghubungi pegawai Akademi DBP, iaitu Puan Fauziah binti Hassan melalui talian telefon 018-3558657 atau e-mel hfauziah@dbp.gov.my

Sekian, terima kasih.
Lain-lain01.07.2021
Tuan, objek abstrak boleh digandakankah? Contoh: 1. ciri-ciri 2. contoh-contoh 3. kesan-kesan 4. kepentingan-kepentingan 5. faedah-faedah 6. aktiviti-aktiviti/kegiatan-kegiatan 7. perasaan-perasaan 8. pandangan-pandanganTidak perlu digandakan perkataan tersebut, tunggal atau jamak boleh ditentukan berdasarkan konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa11.05.2014
salam tuan, saya ingin penjelasan tentang penggunaan : mendapat banyak faedah, ... dsb. banyak mendapat faedah, ... dsb. mana yang betul?

Encik Suhaimi terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

 Banyak mendapat faedah adalah lebih betul. Terima kasih

 

Tatabahasa04.08.2009
Ayat manakah yang betul 1. Membaca banyak memberikan faedah kepada kita. 2. Membaca memberikan banyak faedah kepada kita. Tolong jelaskan,terima kasih.

Ayat 1- “banyak memberikan” ialah frasa kerja transitif (FKT) yang perlu diikuti oleh objek kata nama (faedah). Ayat ini gramatis kerana FKT yang berfungsi sebagai predikat betul. Kata kerja transitif (KKT) “memberikan” diikuti oleh kata nama “faedah” yang mematuhi hukum tatabahasa, iaitu KKT + FN (objek).

Ayat 2- “ memberikan banyak” tidak gramatis kerana tidak mengikut rumus KKT + FN (objek).  Kata “banyak” bukan kata nama yang boleh berfungsi sebagai objek kepada KKT (memberikan). Kata banyak  di sini ialah kata adjektif.

Walau bagaimanapun, mengikut pendapat Prof. Emeritus Nik Safiah Karim, “memberikan banyak” boleh digunakan kerana kata adjektif “banyak” dapat berfungsi sebagai kata nama. Oleh itu kedua-dua pilihan ayat yang dinyatakan boleh digunakan.    

Tatabahasa02.03.2018
Tuan, untuk '30% discount' atau '0% interest', yang manakah terjemahan yang betul? 'Diskaun 30%' dan 'faedah 0%' atau 30% diskaun dan 0% faedah. Numbor dulu atau subjek? Atau kedua-duanya pun betul? Terima kasih.Dalam bentuk frasa yang lengkap ialah 'diskaun sebanyak 30%' dan 'kadar faedah sebanyak 0%'. Walau bagaimanpun dalam laras iklan 'diskaun 30%' dan 'faedah 0%' boleh diterima.Tatabahasa18.11.2011
Apakah perbezaan di antara faedah, hasil, hak, kepentingan dan manfaat dalam isu harta?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud faedah ialah sesuatu yang mendatangkan kebaikan. Manakala hasil pula bermaksud sesuatu yang diperoleh daripada se­suatu usaha, tanah, tanam-tanaman dan lain-lain. Maksud hak ialah yang benar, manakala kepentingan pula ialah sesuatu yang penting atau yang sangat dihargai dan akhir sekali maksud manfaat ialah sesuatu yang mendatangkan kebaikan.  Maka perbezaan di antara faedah, hasil, hak, kepentingan dan manfaat dalam isu harta mempunyai maksud yang tersendiri mengikut konteks ayat.Makna13.05.2016
Manakah antara berikut adalah betul? a. Faedah yang diperoleh olehnya. B. Faedah yang diperolehnya.

Kedua-dua ayat tersebut adalah betul.

Tatabahasa21.06.2023
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang penggunaan frasa "...kita akan peroleh..." dan "...akan kita peroleh...". Penggunaan yang manakah yang betul? Contoh ayat: Banyak faedah yang kita akan peroleh jika menyertai program ini. atau Banyak faedah yang akan kita peroleh jika menyertai program ini. Terima kasih.Banyak faedah yang kita akan peroleh jika menyertai program ini.Lain-lain23.02.2018
kata berlawan 1.faedah 2.mahu 3.membantuKata lawan yang lazim digunakan bagi perkataan yang berikut ialah: 1. faedah - rugi, 2. mahu - enggan, 3. membantu - menolak (lepas tangan).Lain-lain24.10.2009
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata faedah