Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Direktori Karyawan ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Esa hilang, dua terbilang.

Takrif

Berusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya. (Peribahasa lain yang sama makna: Pertama hilang, kedua terbilang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berbilang dari esa, mengaji dari alif.

Takrif

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal.

Takrif

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbilang dari esa, mengaji dari alif).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pertama hilang, kedua terbilang.

Takrif

Berusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya. (Peribahasa lain yang sama makna: Esa hilang, dua terbilang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata esa

Puisi
 

Banyak bulan antara bulan,
     Tidak sama bulan puasa;
Banyak Tuhan antara Tuhan,
     Tidak sama Tuhan Yang Esa.



Lihat selanjutnya...