Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati.

Takrif

Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggenggam erat, membuhul mati).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menggenggam erat, membuhul mati.

Takrif

Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memegang erat, menggenggam teguh.

Takrif

Pendirian yang tetap.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengebat tidak erat, memancung tidak putus.

Takrif

Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengebat sekebat erat, melangkah selangkah sampai, berkata sepatah sedang.

Takrif

Pendirian yang tetap. sedang = cukup.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hujan tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat.

Takrif

Keuntungan dan bahagia tidak datang sekali gus. simpai = gelang-gelang daripada rotan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul.

Takrif

Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengebat tidak erat, memancung tidak putus, b. Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah ia).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata erat