Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Enggan seribu daya, mahu sepatah kata.

Takrif

Kalau tak suka biasanya banyak alasannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Angguk enggan, geleng mahu, unjuk tidak diberikan.

Takrif

Lain di mulut, lain di hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Angguk bukan, geleng ia).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Angguk enggan, geleng ia.

Takrif

Lain di mulut, lain di hati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kambing di parak panjang janggutnya, hati enggan banyak jawabnya.

Takrif

Orang yang enggan bila disuruh, banyaklah helah dan dalih untuk melepaskan dirinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Alah mahu, bertimbang enggan; cungkil merih akan pembayar.

Takrif

Tidak menepati janji dan menentang balik orang yang diberinya janji itu. merih = pembuluh nafas.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai kambing dimandikan pagi.

Takrif

Orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kambing dihalau [= diseret ke air]).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berat hati beratlah tulang.

Takrif

Pekerjaan yang dilakukan dengan enggan akan terasalah beratnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai mengangkut batu di bencah.

Takrif

Menyuruh orang yang enggan melakukan pekerjaan. bencah = paya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai kambing dihalau (= diseret) ke air.

Takrif

Orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak kelih mahu tengok.

Takrif

Hanya mahu hasilnya saja, tetapi enggan berusaha.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enggan