SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEmas merah kesuma ningsun, Pudak melati campur kasusun; Hari sehari rasa setahun, Nasi dimakan rasa racun. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEmas merah kesuma danding, Perahu sarat seperti pelanting; Awaknya putih pinggang ramping, Matanya tajam seperti gunting. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisang emas luruh digoyang, Dijolokdengan ranting habu; Adik emas saya loyang, Masakan mahu berkinca bahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisang emas jangan ditebang, Batang lain banyak lagi; Hujan emas negeri orang, Tidak sama negeri sendiri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMerak emas merak Palembang, Merak suasa patah kaki; Gunung emas sudah hilang, Gunung suasa ada ganti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTeluk Emas Tanjung Ketapang, Tempat Uda mengail tenggiri; Bersalut emas hebat dipandang, Sayang bahasa ke mana pergi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisang emas bawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisang emas bawa belayar, Diletak budak di atas peti; Hutang emas dapat dibayar, Hutang budi dibawa mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisang emas tepi telaga, Peram di dapur masaknya tiga; Sebentuk emas sebentuk tembaga, Sudah dilebur menjadi suasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLayang emas terbang bertiga, Mari hinggap di pohon kelapa; Kapal emas sauh suasa, Abang nak minta jadi nakhoda. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata emas |
|
Puisi |
---|
|
Emas merah kesuma danding, Perahu sarat seperti pelanting; Awaknya putih pinggang ramping, Matanya tajam seperti gunting.
Lihat selanjutnya... |
|