Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bolehkah simpulan bahasa digandakan? Contoh anak emas. Bagaimana untuk gandaannya. 'Anak emas-anak emas' atau 'anak-anak emas'? | Anak emas apabila digandakan menjadi anak-anak emas. | Tatabahasa | 11.09.2008 |
Salam tuan, Mana yang paling tepat? ...bersandar kepada emas... ...bersandar pada emas... ...bersandarkan kepada emas... ...bersandarkan pada emas... T. kasih & salam Sibly | Dalam buku Tatabahasa Dewan, antara situasi penggunaan kata sendi nama pada; sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Justeru, jawapan yang betul ialah bersandar pada emas dan bersandarkan emas.
| Tatabahasa | 21.02.2011 |
Lebuh raya itu menghubungi Seremban dengan Kuala Lumpur atau Lebuh raya itu menghubungkan Seremban dengan Kuala Lumpur Anak emas-anak emas atau Anak-anak emas | Saudara, Perkataan yang betul ialah menghubungkan dan anak-anak emas. | Tatabahasa | 02.10.2009 |
Salam, saya ingin bertanyakan penggandaan kata majmuk kiasan. Bagaimanakah bentuk kata majmuk kiasan jika digandakan? Hanya perkataan pertama digandakan ataupun keseluruhan kata? 1. anak-anak emas @ anak emas-anak emas? 2. cakar-cakar ayam @ cakar ayam-cakar ayam? 3. berat-berat tulang @ berat tulang-berat tulang? dan sebagainya Terima kasih. | Untuk makluman, penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contoh perkataan ialah anak-anak emas, cakar-cakar ayam dan lain-lain. | Tatabahasa | 31.07.2013 |
1. Apakah istilah Bahasa Inggeris yang sesuai untuk emas yang disepuh? Emas sepuh yang dimaksudkan ialah emas yang diproses mengikut kaedah dan bahan tertentu lalu menghasilkan warna oren kemerahan pada emas tersebut. | Tiada istilah yang khusus untuk perkataan "emas yang disepuh". Mengikut carian Istilah Bahasa Melayu, perkataan sepuh dipadankan dengan perkataan bahasa Inggeris glaze, contohnya sepuh legap (opaque glaze), warna sepuh (glaze colour). | Istilah | 28.01.2019 |
Assalamualaikum... Nama pisang, iaitu pisang emas/Pisang Emas termasuk dalam golongan kata nama am atau kata nama khas bagi tumbuhan? Terima kasih | Perkataan pisang emas ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 15.07.2013 |
minta jawi untuk KEDAI EMAS KEDAI EMAS NORAZIKIN | KEDAI = EMAS = NORAZIKIN =
| Ejaan | 27.12.2018 |
mohon untuk mendapatkan pernyataan yang mana lebih tepat Merealisasikan matlamat Dasar Warga Emas Negara untuk mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang kondusif ke arah kesejahteraan warga emas melalui penglibatan multisektoral sebagai persediaan menghadapi Negara Tua menjelang 2030. Merealisasikan matlamat Dasar Warga Emas Negara untuk mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang kondusif melalui penglibatan multisektoral ke arah kesejahteraan warga emas sebagai persediaan menghadapi Negara Tua menjelang 2030. | Ayat pertama dengan sedikit pindaan "Merealisasikan matlamat Dasar Warga Emas Negara untuk mengupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang kondusif ke arah kesejahteraan warga emas melalui penglibatan multisektoral sebagai persediaan menghadapi status Negara Tua menjelang 2030". | Tatabahasa | 18.01.2013 |
Yang manakah terjemahan paling tepat bagi "One Stop Centre for Gold"? Pusat Sehenti Emas atau Pusat Emas Sehenti? | Terjemahan yang dicadangkan ialah Pusat Emas Sehentian. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.09.2016 |
pelaburan emas bermaksud keuntungan atau kerugian adalah kerana perubahan harga emas di pasaran adalah kerana atau yang disebabkan oleh/ disebabkan oleh? | Ayat yang betul ialah Pelaburan emas bermaksud keuntungan atau kerugian yang disebabkan oleh perubahan harga emas di pasaran. | Tatabahasa | 13.11.2016 |