Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lidahnya masin.

Takrif

Perkataannya diturut, permintaannya diterima. (Biasa juga: Garamnya yang masin).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Garam jatuh di air.

Takrif

Nasihat yang diterima dengan baik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rembes dipalit, titik ditampung.

Takrif

Biar sedikit sekalipun diterima juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dibuat kerana Allah, menjadi murka Allah.

Takrif

Dilakukan dengan maksud baik, tetapi diterima orang dengan curiga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kambing menyusui anak harimau, besar dia dipatahkan tengkuknya.

Takrif

Akibat yang akan diterima kalau menolong orang jahat dalam kesusahan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Khabar jauh dengar-dengarkan, khabar dekat fikir-fikirkan.

Takrif

Tiap-tiap khabar yang diterima hendaklah diselidik dengan saksama supaya jangan tertipu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tertangguk pada ikan dikeruntungkan, tertangguk pada ular dikeruntungkan juga.

Takrif

Buruk atau baik diterima saja setelah dimuafakati beramai-ramai. keruntung = keranjang untuk menyimpan ikan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Titik ditampung, meresap dipalit.

Takrif

Pemberian orang atau penghasilan biar betapa sedikit sekalipun akan diterima juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Umpama lanyau di air, sebarang tertadung menjadikan daki.

Takrif

Perbuatan yang jahat, kalau dikerjakan tentu diterima akibatnya. lanyau = lumpur; tadung = sandung.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mara jangan dipikat (= dipukat), rezeki jangan ditolak.

Takrif

Bahaya jangan dicari-cari, rezeki meskipun sedikit haruslah diterima dengan syukur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diterima

Puisi
 

Jalan-jalan di kaki lima,
     Bawalah pulang ikan gelama;
Budi tuan sudahlah diterima,
     Jadikan hutang selama-lamanya.



Lihat selanjutnya...