Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Bagai kucing menjemput api.

Takrif

Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengail yu dapat setoka.

Takrif

Lain yang dikehendaki, lain pula yang diperoleh. setoka = pari kecil.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Belum duduk berlunjur dulu.

Takrif

Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu. (Biasa juga: Belum duduk telah berlunjur atau sudah mengunjur atau hendak berlunjur).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendak air pancuran terbit.

Takrif

Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak ulam, pucuk menjulai, b. Pucuk dicita ulam tiba).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendak ulam, pucuk menjulai.

Takrif

Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak air pancuran terbit, b. Pucuk dicita ulam tiba).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pucuk dicita ulam tiba.

Takrif

Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak air pancuran terbit, b. Hendak ulam, pucuk menjulai).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sumur digali air terbit.

Takrif

Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki; hasil yang diperoleh dengan serta-merta.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tanam cempedak, tumbuh nangka.

Takrif

Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas.

Takrif

Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kucing menjemput api).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lain diniat lain ditakdir, lain diacah lain yang jadi.

Takrif

Yang diperoleh lain daripada yang dikehendaki.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikehendaki

Peribahasa
102

Catch your bear before you sell its skin

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Burung yang terbang dipipiskan lada

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Catch your bear before you sell its skin . Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah burung yang terbang dipipiskan lada. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...